aKu aDaLah bULat

aKu aDaLah bULat

teRopoNg gOOgLe

Monday, February 14

bila kita berbudi mereka akan berbahasa,bila kita menghormati mereka akan beradab :) suka kan? heehee..
Maulidur Rasul :)

sempena Maulidur Rasul kali ini, buLat@ciRcle mahu berkongsi serba sedikit tentang perihal peristiwa sejarah Maulidur Rasul dan maknaya serba sedikit sebagai info dan yang setakat tahu melalui kajian di jaringan. :)

Maulidur Rasul atau dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) . Baginda adalah nabi utusan yang terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


Nota kaki :

** info ini di ambil dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasul

**kurang dan terlebih pohon maaf.

** salam Maulidur Rasul.



Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432 Masihi :)
salam maulidur rasul dari buLat@ciRcle! dalam kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut maulidur rasul 1432 masihi kepada semua umat islam yang menyambutnya,mengAgungkan pemerintah sepanjang zaman iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan pemerintah terunggul sepanjang zaman dan sebagai contoh modal insan terbaik manusia bertamadun sepanjang zaman selama-lamanya. :)

Nota kaki :
** sambutlah dengat selawat ke atas beliau.
** selepas waktu maghrib bermakna sudah hari baru.
** bermakna abaikan lah Valentine day yang takda faedah.
** terima kasih.

Sunday, February 13



HAPPY BIRTHDAY TO MY BLOG ~2 Years~

Pada tanggal 12 february 2009, adalah hari dimana blog buLaT2 kiTa di lahirkan. heehee..
jadi hari ini maka genaplah sudah blog ini berumur 2 tahun 1 hari persamaan 13 hb februari 2011 :)
Sesudah itu aku cuba memperbaharui blog aku sendiri ni setelah sekian lama aku kadang- kadang2 buka,adalah 2 atau 3 entry sebulan tu,tu pun sebab aku dah tahap boring dan kadang-kadang dapat internet, sebab selama ni intranet sahaja
(bermakna tiada internet kat rumah aku) heehee...
So dengan rasminya hari ini aku menukar nama blog ini sebagai buLat@ciRcle!. kenapa aku pilih nama ni? entah,sebab tetiba rasa aku nak pakai nama? sebab dua-dua maksud sama, kot melayu baca Oh bulat, kot mat saleh baca Oh Circle. kan senang. :D so, selamat hari jadilah wahai blog aku! buLat@ciRcle!


happy birthday to you,

happy birthday to you
happy birthday to you

happy birthday to buLat@ciRcle!

nota kaki :
** lama juga blog aku ni bertahan kihkihkih
** ingin cuba sesuatu yang menarik untuk dibaca diri sendiri dan sesiapa saja lah!
** happy birthday!! :) sesiapa yang mahu salurkan hadiah sila beri pada tuan nya. heehee.

berbicara buruk tentang siapa pun, kecuali diri mereka sendiri, lebih buruk dari semua cerita. kasihan bagi orang sebegini. :)


jika kamu melihat status di dalam muka buku bernada sebegini ;
"talk bad about anyone, except themselves, worse than all the stories. pity for those people kind of this. :)"
yang bermaksud berbicara buruk tentang siapa pun, kecuali diri mereka sendiri, lebih buruk dari semua cerita. kasihan bagi orang semacam ini. :) heeehee...
sebenarnya apa yang aku nak ceritakan di sini bukan mahu memburukan sesiapa mahupun membuka keaiban seseorang, tapi ia juga untuk diri sendiri.
kadang-kadang aku melihat pendustaan berlaku dihadapan aku dan tatkala aku juga ada dihadapan mereka, segala perihal buruk aku di sebut, dan kebenaran kata-kata indah mereka 1/10 mengikut skala bumi jika nak di ambil kira, mereka menceritakan segala keburukan yang mereka tidak nampak dan menuduh secara melulu,apakah yang menghasut pemikiran manusia ini untuk berlaku sedemikian rupa aku pun kurang fasih.

"kehidupan yang berwarna"
bila aku membuka suatu kisah untuk mereka maka mereka terdiam,kerana memegang benar itu mereka lakukan,maka terbangkitlah segala kata-kata buruk dan fitnah yang tah dari mana lahirnya dari fikiran dan buah mulut mereka.
hanya kerana mereka mahu menegakan benang yang sudah basah,bagi melitupi segala salji kesalahan kata-kata dan tuduhan mereka yang tanpa ada batu asas itu dan menjadikan aku tempat untuk mereka melemparkan hobi mereka iaitu menceritakan keburukan seseorang bagi yang lain melihat mereka adalah yang terbaik dari yang terbaik pernah ada.
mereka tanpa perlu berkira tentang hati dan perasaan seseorang asalkan hati mereka puas berkata. dan mereka menang. :)
tapi sayang, mereka menang bersama nafsu! :) kasihan kan? hingga ada yang mula menimbulkan segala cerita bagi membuatkan yang kita ini terlalu terhutang budi pada mereka. walhal,budi yang kita lakukan tidak sikit mereka ucapkan tanpa kita berkira. terlalu sedih jika kamu di tempat aku ketika itu. Mereka mengajar aku tentang kesabaran,mereka menasihati aku tentang kehidupan,mereka mengajar aku tentang kejayaan,dan mereka juga ingin hancurkan segalanya semangat dan inspirasi. sedihkan.
tapi usah kita lupa, yang kita masih ada yang membantu dan mendengar, iaitu Dia yang maha Esa,sekiranya kita berusaha,Dia tidak akan mungkir janji untuk membalas. Dan aku mempelajari sesuatu dari kisah ini yang dari dahulu aku praktik dalam kehidupan sunyi.

"jika kita berbuat kasih dan budi,usah terlalu mengharapkan balasan dari sesama manusia,kerana mereka sering memungkiri. Tapi jika kita mengharap balasan dari Dia,sudah pasti dia tidak memungkiri,segala isi janji"



mudahkan kehidupan? ya! :)

moral of story :
** doakan mereka agar berubah.
** doakan kejayaan hidup mereka.
** usah bersedih kerna kita berteman.
** :) senyum selalu.


Wednesday, February 9



apa berlaku ketika fikiran sedang bermain "roller coaster". serabut!

hye serabut! heehee..aku dah lama x update sangat blog aku sendiri. nak conteng kat dinding jalanan nanti MBSA duk saman2 aku. Mane lah aku nak cari duit nak bayo. ni je la tempat aku nak berpena mata kekunci!
ya! kepala serabut macam ada roller coaster yang duk hinggap dalam lilitan urat saraf tunjang otak aku masa ini! haa. aku pun dah naik serabut. Macam2 hal aku sedang fikir. Ade ke laut, ade ke sungai, ade ke muara, ke semak samun pun ada.Aarghh. serabut senang cerita! apa yang aku fikir biarlah hinggap senyap dalam otak dari terus membebel dalam alam nyata! tapi aku tak serabut benda merapu,tapi adalah sesuatu. :D heehee.. nak tau macam mana tahap serabut cipan otak aku skang ni? nah tengok kat gambar ni. --->
"kan serabut"

moral of today ::
** nak berjaya, apa yang berlaku hadapi dengan senyuman.
** kalau dah separuh jalan,hantam saja sampai ke atas.
** jangan serabutkan lagi benda yang sedang serabut,nanti kelibut.
** tawakal kan penting selepas usaha. kan. heeee.

Saturday, January 29

kerana pangkat dan penghormatan,mereka berdabik dada,berbeza berpura dan ikhlas,mereka berdusta!

hari ini apa aku ingin katakan,jangan kerana engkau manusia yang lebih tua dari yang lain hanya engkau perlu di hormati,kerana engkau juga manusia,aku juga manusia,mereka yang lain juga manusia,usah engkau berdabik dada melakukan kebaikan,kerana di belakang kau masih ada banyak yang mereka lakukan,lebih mulia dari apa yang kau lakukan engkau. dan kalau kau berkata tentang erti pengorbanan, malu lah sendiri untuk berbuat demikian,kerana engkau sudah dikira sebagai manusia sombong dan berkira. mereka tahu untuk membalas,tapi tunggu masa dan ketika. jika engkau hanya berdabik berkata kebaikan,doakan sahaja tuhan yang memberkati,bukan lah manusia,kerana hati manusia sering bertukar-tukar deria dan rasa. ingat itu wahai mereka dan juga aku. :) engkau dan aku serupa,yang berbeza amalan kita. akal engkau dan aku sama,yang berbeza cara kita atasinya. yang pasti pada yang ESA kita akan kembali!
~nurkilan bulat~

my music


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com