aKu aDaLah bULat

aKu aDaLah bULat

teRopoNg gOOgLe

Powered By Blogger

Monday, February 14

bila kita berbudi mereka akan berbahasa,bila kita menghormati mereka akan beradab :) suka kan? heehee..
Maulidur Rasul :)

sempena Maulidur Rasul kali ini, buLat@ciRcle mahu berkongsi serba sedikit tentang perihal peristiwa sejarah Maulidur Rasul dan maknaya serba sedikit sebagai info dan yang setakat tahu melalui kajian di jaringan. :)

Maulidur Rasul atau dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) . Baginda adalah nabi utusan yang terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


Nota kaki :

** info ini di ambil dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasul

**kurang dan terlebih pohon maaf.

** salam Maulidur Rasul.



Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432 Masihi :)
salam maulidur rasul dari buLat@ciRcle! dalam kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut maulidur rasul 1432 masihi kepada semua umat islam yang menyambutnya,mengAgungkan pemerintah sepanjang zaman iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan pemerintah terunggul sepanjang zaman dan sebagai contoh modal insan terbaik manusia bertamadun sepanjang zaman selama-lamanya. :)

Nota kaki :
** sambutlah dengat selawat ke atas beliau.
** selepas waktu maghrib bermakna sudah hari baru.
** bermakna abaikan lah Valentine day yang takda faedah.
** terima kasih.

my music


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com