aKu aDaLah bULat

aKu aDaLah bULat

teRopoNg gOOgLe

Powered By Blogger

Sunday, October 17

ILLUMINITI@FREEMASON, DAN AKU TERSENYUM. :)

salam sedara blog bulat2 kita..sebelum kamu yang sedang atau baru ingin memulakan bacaan dari entry yang ini perlu saya dahului bahawa entry kali ini adalah dari pendapat dan pesanan yang datang dari diri dan akal pemikiran saya serta dari pengalaman yang saya juga pernah lalui.peribadi. :) saya juga dapat memuatkan dari hanya pengetahuan saya yang terhad melalui pengetahuan saya yang terhad dalam bidang ini dan kebanyakkan isi dalam entry ini adalah dari apa yang saya faham dan mengerti dari bacaan saya sendiri melalui blog2 yang saya ikuti dan membaca segala penulisan mereka,dan saya tidak mengambil segala kepercayaan melainkan hadis dan sunnah yang sah oleh Rasul kesayangan kita. segala entry di blog mereka yang saya baca saya cuba fahami sendiri dalam keadaan masih terkawal kerana bersyukur alhamdulillah kerana kita semua dikurniakan akal oleh DIA dan alhamdulillah saya juga mampu menggunakannya. :)

illuminiti atau lebih mudah untuk kita fahami dengan perkataan freemason yang diwujudkan oleh mereka yang bersengkokol bersama-sama yahudi untuk menjatuhkan keislaman yang ada dalam muka bumi ini. Mereka juga terkenal dengan perjalanan rahsia dalam menjalankan segala perancangan yang terancang dan meluas untuk melunaskan perancangan mereka yang sudah tentu hina dan terkutuk dari kaca mata Islam dan sifat kemanusaian. Tetapi entry kali ini bukanlah untuk saya menceritakan apakah itu freemason dan mengapakah kewujudan freemason atau illuminit ini terbina dan mengapakah itu perancangan mereka. Apa yang saya ingin sampaikan dalam entry kali ini adalah lebih kepada penghayatan nasihat untuk kalian semua serta pandangan. kemungkinan ada yanng pelik bagi yang pernah membaca entry kali ini kerana kebiasaan saya akan menggunakan bahasa "aku" tapi kali ini adalah "saya"..ini adalah kerana waktu sebegini saya lebih menggunakan saya.heehee.

apa yang saya ingin uarkan di entry kali ini adalah mengapakah kita kini sedang sibuk mencari dan mengkaji apakah illuminit dan freemason ini secara meluas dan hampir kesemua remaja dan malahan golongan kecil juga sudah mula mengkaji. Pengkajian adalah sesuatu yang bijak dan bagus tetapi mengapakah hal ini yang lebih menarik mereka untuk dikaji walhal masih ada sesuatu yang pasti lebih indah untuk dikaji. :) apa yang saya maksudkan disini adalah selepas sebuah video yang kini sedang hangat diceritakan dikalangan kita tentang video manusia hujung zaman. apabila kita mula mengatakan tentang illuminiti kita juga sedang menonton tentang kajian mereka mengenai kehadiran dajjal di akhir zaman dan lebih menggerunkan apabila sudah ada mula predict mengenai waktu bilakah kiamat akan datang. relevan kah ini? kamu sendiri tanya pada diri sendiri. dan lebih menakutkan adalah semakin ramai yang mula ingin mengkaji tentang ini. Apa yang sedang saya katakan bukanlah menghalang mereka untuk mengkaji freemason tetapi lebih kepada apakah kesan pada mereka nanti sekiranya mereka lalai dalam hal ini,mampukah kita untuk mengawalnya nanti dihujung kajian? itu yang saya khuatiri.

Baiklah,saya sudah pun melihat video itu dan saya juga punyai pandangan positif dan negatif tentang itu. pembikin video itu adalah boleh juga dikatakan terbaik kerana dia mengkaji hampir detail tentang ini tetapi harus saya ingatkan mengapa pembikin itu juga akhirnya menarik kembali serta memohon maaf dan menutup juga blog yang disayangnya adalah kerana sesuatu. yang pasti penulis dan pembikin blog itu sudah nampak dan melihat kesan disebaliknya bagi mereka yang menonton. Kesan yang baik adalah apabila usai menonton mereka mula membuat andaian sendiri dan kadangkala sudah bercampur aduk hujah2 mereka dan makin membimbangkan pemilik. dan akhirnya telah mengambil keputusan agar tidak mahu mengambil apa2 lagi perihal video ini dan mulakan pencarian baru serta kajian yang lebih indah bagi beliau.
http://me.leokid.my/dunia-akhir-zaman (sources)

dari apa yang saya ingin huraikan kepada mereka yang sudah mula atau sedang mengkaji perihal ini supaya jangan terlalu taksub tentang hal ini. saya juga tertarik kepada satu blog yang menyatakan pendapat dan nasihat kepada mereka yang mula ingin mencari tapak dalam hal illuminiti dan freemason ini. petikan ini di petik oleh saya dari komentar yang dihantar beliau melalui blog ini kepada salah seorang yang mengutarakan hajatnya untuk memulakan kajian tentang hal ini.

1. Kuatkan ilmu2 asas agama terutama aqidah sebelum kita meneruskan pengkajian. ini kerana kita juga akan mempelajari aqidah mereka yang sangat bertentangn dgn aqidah Islam.

2. Perkukuhkan ilmu2 berkaitan dengan hadith2 nabi s.a.w. Ini kerana, sebahgian besar yg saya lihat terlalu bersmngat utk mengkaji hal2 ini tetapi apabila berhujjah, dalil2 hadith yang digunakan tidak tepat dan banyak hdith yg digunakan dhaif bahkan maudhu'.

3. Elakkan terlalu obses apabila anda melakukan research mengenai hal2 ini. Ini untuk mengelakkan kita tidak mengaitkan seluruh yg 'nampak serupa'dengn agenda jahat mereka. seperti contoh "mencabut tikar getah hitam putih kerana ia seperti checkered floor yg diamalkan oleh puak freemasonry". Harap dapt memahami apa yg ingin sy smpaikan...

4. Rujuk dari sumber2 terpelajar seperti mereka yg benar2 mengkaji. dalam hal ini, saya mencadangkan beberapa orang untuk dijadikan rujukan:
a) Dr Sulaiman Noordin (sejarah pemikiran 1)
b) Ismail Omar (Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah) ASWJ.

5. Perkuatkan pengkajian mengenai hal2 berkaitan agama Islam sendiri. Sejauh mana Islam yang diamalkan secara turun termurun ini benar2 selari dengan apa yg ingin disampaikan oleh Al-Quran dan mengikut piawaian Rasulullah. Kajian ini mungkin meliputi apa yg orang kata sunnah, tetapi hakikatnya tidak, dan apa yg orang kata tidak tetapi hakikatnya ia Sunnah..

Semoga kita dpt hayati keseluruhan yg sy cuba bawa agar kita lebih berhati2 dlm mengkaji isu ini. sekian, wassalam.

http://jejakitinggalanrasul.blogspot.com/2010/06/mesej-bawah-sedar-world-cup-2010.html#more (sources)

komen ini ditulis oleh Mohd sufian talib (http://www.blogger.com/profile/16767418667710687227).

saya juga mengharapkan setelah membaca apa yang diatas dapat membuka minda pembaca mengapa saya sarankan untuk tidak kamu mula mengkaji terlebih dahulu tentang perihal illuminiti sebelum kamu usai mengkaji apakah itu Islam Dan Iman. Maaf sekali lagi saya ucapkan kerana saya bukanlah Alim dan ulama` untuk petah bermonolog tentang Islam Dan Iman, tapi cukup saya katakan itu adalah penting.

dahulunya saya juga di antara golongan yang amat meminati tentang perihal ini iaitu freemason atau illuminiti tapi dihujung cerita kisah ini,saya sudah mula jelak dengan illuminiti,dan saya juga pernah berhenti dari mengkaji yang bagi saya kurang berfaedah,dan syukur alhamdulillah saya sudah berhenti dari mengkaji hal itu kerana saya sudah mula mencari sumber-sumber yang lebih bermanfaat kepada saya dan merka yang lain. Keraguaan mula tersinar untuk berkata hal apa yang saya sudah berubah arah menukar hala tujuan saya. KLU yang mudah untuk saya katakan apa yang saya kini lebih tertarik untuk mengkaji dan membaca serta berfikir adalah "ISLAM ITU INDAH",semoga kamu sudah dapat memahami apa yang kini saya minat. Bukanlah saya ingin mengatakan untuk mengkaji Illuminiti adalah salah dan berdosa dan tak berfaedah,maaf,jangan kamu salah tafsir ya sahabat. tetapi lebih berfaedah jika kamu kaji tentang keindahan Islam itu sendiri dari sibuk perihal ahli illuminiti atau freemason ini sedang berusaha mengeluarkan dajjal bagi mereka menyembah sebagai ketua. Hal ini sudah awal kita ketahui dalam kitab Quran bahawa ya dajjal itu akan keluar suatu ketika nanti di akhir zaman dan akan mula pula munculnya imam mahdi sebagai ketua islam tika itu untuk memimpin Islam nanti,maka akan diturunkan juga Nabi Isa A.S untuk membunuh dajjal. Sudah tertera tepat dalam Quran tentang hal itu, dan yang mampu menyelamatkan kita nanti adalah Islam Dan Iman yang utuh kepada Allah S.W.T dan ajaranya.

Sedang sibuk kita risau tentang kumpulan ini,sedang sibuk kita takut kehadiran dajjal,sedang sibuk kita memikirkan kiamat semakin hampir dan sudah mula ada yang mula teori sendiri waktunya kiamat dan sebagainya. Adakah itu akan menfaatkan kita? tahukah kita tujuan illuminit? bagi pendapat saya sendiri bahawa kita sibuk mencari CARA mereka iaitu cara illuminiti sedangkan kadangkala kita juga sudah melihat dengan cara itu akan mampu melalaikan kita,itulah cara mereka. Kita sudah mula takutkan dajjal walhal kita perlu takutkan Allah,kita sudah mula fitnah berfitnah sesama sendiri sdangkan kita tahu fitnah itu slah satu yang Allah murka,kita sudah mula mengandaikan segala macam soalan yang datang dan mula kabur tentang soalan yang kamu sendiri cipta hingga kadangkala kamu bertanya kenapa dan mengapa? dan itu dikhuatiri akan menjadikan akidah kamu mula was2 dan itu adalah amat menakutkan semua orang.

sedarlah wahai sahabat,kamu akan sedar dari lena suatu hari nanti dan aku juga berdoa agar akan dapat aku hidayah seperti itu mogaan, tidakkah kamu terfikir perkara yang paling mudah tentang suatu soalan yang saya ingin tujukan ini.
" Mereka yang kini sudah mula memasuki Islam lebih hebat kajian mereka seraya dakwah mereka tentang Islam kepada semua sedangkan kita masih di takuk lama,dan kita yang bersyukur sejak lahir adalah Islam,bagaimanakah?"
ada masa saya juga takut untuk menjawab soalan saya sendiri dan terserah kepada sahabat untuk menjawab dan menilai. Yang buruk datang dari saya dan yang baik adalah dari yang Maha Esa. Allah S.W.T. Sekiranya ada kekurangan dari entry ini janganlah kamu terus memaki atau apa sahaja yang negatif tentang saya,sedangkan lebih indah jika kamu menasihati. Sebelum itu sekiranya kamu ingin mengambil entry ini sebagai rujukan bulat2 seeloknya tanya pendapat mereka yang lebih arif. Alhamdulillah. salam sayang saya pada khalifah sekalian. :)



**tetapi juga kepada mereka yang ingin juga teruskan usaha mereka untuk mengkaji illuminati dan freemason ini saya sarankan kamu kunjungi:

- http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/10/panduan-memahami-ilmu-teori-konspirasi.html

sebagai panduan kamu untuk memahami lebih terperinci kenapa saya tak terlalu sarankan untuk kamu mengkaji illuminiti atau freemason ini. tiada halangan untuk kamu,ini pilhan kamu.wallahualam.** :)

my music


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com