aKu aDaLah bULat

aKu aDaLah bULat

teRopoNg gOOgLe

Powered By Blogger

Sunday, February 15

Lihat kehadapan,engkau akan tersenyum.

Lihat kehadapan,engkau akan tersenyum.



Jangan engkau malu apabila dikeji,kerana kejian adalah guru kepada kejayaan,kita tidak perlu tunduk pada hinaan dan herdikan kerana kehinaan adalah batu loncatan pada semangat kemajuaan,yang hanya perlukan dalam hidup adalah pandang jauh kehadapan dan teruskan walau tahu cabaran menanti disana,kerana bila engkau berjaya mengharunginya,lantas berjaya,kejiaan akan menjadi ingatan,hinaan akan menjadi pujian.
Apa yang engkau ada dalam diri tiada pada mereka,apa yang mereka ada dalam diri mereka akan ada dalam diri engkau. Engkau akan menang.selamanya…..

Percikan kemegahan.

Percikan kemegahan.


Beribu tahun membisu. Membiarkan diri dikaji berjuta kepakaran,ada yang memandang tanpa satu erti kefahaman. Kita leka dibuai dunia indah,tidak terfikir tentang keperitan. Lava mengasak ingin keluar memuntahkan berjuta percikan api apabila tiba masanya ingin menakluk dunia. Sifat tamak serta angkuh menguasai diri bila ia rasa terancam oleh desakan dunia,lalu menghalalkan apa yang haram. Dimanakah kita berada sewaktu mereka tidur beralaskan langit seketika dulu kini cerah dek percikan api dari muncung2 senjata mereka. Tidakkah kita terfikir ia akan terjadi pada kehidupan kita? Kanak2 dibunuh tanpa ada perasaan sedih,wanita dipukul serta dibunuh hanya kerana risau yang melanda diri jika mereka dibiarkan maka akan terlahirlah insan yang lahir penuh seribu dendam.semalam kita lihat mereka berdarah tapi masih tersenyum tapi apakah nasib mereka pada hari ini,masih adakah senyuman yang terukir…
Percikan kemegahan…sungguh cantik dilihat jauh disana,bila didekat hancur jauh dimamah oleh kemegahan mereka.
“selamatkan palestin”
Esok adalah hari yang berbeza.


Hari ini aku berjalan keseorangan,terkenang kenangan yang masih segar dalam ingatanku walau ia telah berlalu bertahun yang sudah. Ketawa riang yang sentisa berlegar keriangan difikiranku,gurau senda yang sering menjadi bahan ketawa dan menceriakan hari2ku,pilu menyelubungiku apabila sedar ia hanya kenangan yang sudah kerana tidak mungkin ia akan kembali,alangkah rugi seseorang itu membiarkan kenangan bersama hari ini kerana esok adalah hari yang berbeza,yang tinggal hanyalah gambaran dari kenangan yang akan menjadi teman tika dirimu kesunyian,gunakan hari ini sepenuhnya tidak kira suka atau duka kerana ia akan membuat engkau tersenyum tika keseorangan. Lalu aku meneruskan perjalanan menuju arah sambil tersenyum kerana hari2 mendatang akan memberiku berjuta kenangan yang lebih indah jika hari ini berduka. Esok adalah hari yang berbeza bagiku,bagimu,bagi semua..seperti kata2 dalam “kami”..hidup ini memang palat,tapi esok masih ada…” hehehehe…

my music


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com