berbicara buruk tentang siapa pun, kecuali diri mereka sendiri, lebih buruk dari semua cerita. kasihan bagi orang sebegini. :)
jika kamu melihat status di dalam muka buku bernada sebegini ;
yang bermaksud berbicara buruk tentang siapa pun, kecuali diri mereka sendiri, lebih buruk dari semua cerita. kasihan bagi orang semacam ini. :) heeehee...
sebenarnya apa yang aku nak ceritakan di sini bukan mahu memburukan sesiapa mahupun membuka keaiban seseorang, tapi ia juga untuk diri sendiri.
kadang-kadang aku melihat pendustaan berlaku dihadapan aku dan tatkala aku juga ada dihadapan mereka, segala perihal buruk aku di sebut, dan kebenaran kata-kata indah mereka 1/10 mengikut skala bumi jika nak di ambil kira, mereka menceritakan segala keburukan yang mereka tidak nampak dan menuduh secara melulu,apakah yang menghasut pemikiran manusia ini untuk berlaku sedemikian rupa aku pun kurang fasih.
bila aku membuka suatu kisah untuk mereka maka mereka terdiam,kerana memegang benar itu mereka lakukan,maka terbangkitlah segala kata-kata buruk dan fitnah yang tah dari mana lahirnya dari fikiran dan buah mulut mereka.
hanya kerana mereka mahu menegakan benang yang sudah basah,bagi melitupi segala salji kesalahan kata-kata dan tuduhan mereka yang tanpa ada batu asas itu dan menjadikan aku tempat untuk mereka melemparkan hobi mereka iaitu menceritakan keburukan seseorang bagi yang lain melihat mereka adalah yang terbaik dari yang terbaik pernah ada.
mereka tanpa perlu berkira tentang hati dan perasaan seseorang asalkan hati mereka puas berkata. dan mereka menang. :)
tapi sayang, mereka menang bersama nafsu! :) kasihan kan? hingga ada yang mula menimbulkan segala cerita bagi membuatkan yang kita ini terlalu terhutang budi pada mereka. walhal,budi yang kita lakukan tidak sikit mereka ucapkan tanpa kita berkira. terlalu sedih jika kamu di tempat aku ketika itu. Mereka mengajar aku tentang kesabaran,mereka menasihati aku tentang kehidupan,mereka mengajar aku tentang kejayaan,dan mereka juga ingin hancurkan segalanya semangat dan inspirasi. sedihkan.
tapi usah kita lupa, yang kita masih ada yang membantu dan mendengar, iaitu Dia yang maha Esa,sekiranya kita berusaha,Dia tidak akan mungkir janji untuk membalas. Dan aku mempelajari sesuatu dari kisah ini yang dari dahulu aku praktik dalam kehidupan sunyi.
"jika kita berbuat kasih dan budi,usah terlalu mengharapkan balasan dari sesama manusia,kerana mereka sering memungkiri. Tapi jika kita mengharap balasan dari Dia,sudah pasti dia tidak memungkiri,segala isi janji"
mudahkan kehidupan? ya! :)
moral of story :
** doakan mereka agar berubah.
** doakan kejayaan hidup mereka.
** usah bersedih kerna kita berteman.
** :) senyum selalu.
No comments:
Post a Comment