aKu aDaLah bULat

aKu aDaLah bULat

teRopoNg gOOgLe

Powered By Blogger

Friday, August 20

jika tiada jodoh antara kau & dia anggap sahaja kamu tiada ketetapan,mungkin ada yang lebih baik dari dia untuk kamu wahai sahabat.namun jauh sudut hati aku,doa tiada putus untuk kebahagiaan kamu berdua.

aku mempunyai seorang sahabat yang sememangnya rapat dalam dalam kehidupan kami,kadangkala kerapatan kami dicemburui oleh sang pencinta masing2,bukan aku sahaja,malahan sang pencinta dia juga sama jer. sahabat aku ni seorang yang sibuk dengan kerja,yalah,kerja di site perlukan komitmen yang tidak berbelah bahagi tolok gandingannya untuk mendapat posisi yang selesa. Syukur dia sudah berjaya. Ya,dikalangan sahabat handai aku,kami tergolongnya sahabat2 yang masing punyai masa yang limit,hanya "rumah hijau" (restoran Darul Ehsan-mamak) menjadi tempat persinggahan kepenatan berkerja atau pun tempat bersua muka antara sahabat dan orang kampung,tidak terlepas juga pertemuan gadis2 "hot" yang kadangkala singgah membeli makanan! fuhhh,syurga mamak! haha. :P


ejam (kiri) & aku (yang masih berputing..hehe) ketika kecil sudah bersahabat

semalam adalah harinya menjadi bukti sahabatku berputus asa untuk menjadi yang terbaik,dia adalah sahabat aku dari alam buai hingga kini kami besar bersama,belum pernah aku melihat dia berpatah alang sebegitu,meski tiada reaksi yang mampu membuat mereka menatap ratapan hampa dari wajahnya,namun aku sebagai rakan dan sahabat mengerti dia sedang tersiksa,melalui kata2 yang hambar dikatakan padaku dalam nada yang perlahan serta tanpa emosi aku mengerti dia sedang kecewa. Rumah hijau menjadi saksi perbualan yang dalam keadaan spontan dalam suasana riuh rendah.

Dia: boy,aku rasa aku tak kahwin la ngan tunang aku nie.

aku: asal lak kau cakap camtu? apa masalah lagi?


** aku sudah tahu apa permasalahan mereka berdua sejak mereka mula kenal lagi dan semenjak sahabat aku ni mula di naikan pangkat malahan kini dia sudah menjadi engineer di sebuah company swasta sekitar Subang.aku tahu dia tidak punyai masa yang lama untuk berbual,tapi masih mampu untuk bertanya khabar sang cinta,tapi itu juga masih tidak cukup bagi si tunang sebagai "attention"! apakah lagi engkau mahu aku todak faham,tapi aku sahaja bertanya supaya dia dapat bercerita,aku tahu tiada siapa tahu lagi hal ni selain aku.

Dia: entahla,dia da tak dapat terima lagi aku dalam keadaan begini,aku pun tak tahu nak buat camna. dah 3 hari dia tak contact aku,aku call pun dia tak angkat,kak Ana call pun dia tak jawab,kak Ana ada buat kad raya untuk dia,ye la kak Ana kan baik dengan dia,nak minta address kampung sana,tapi langsung tak balas.entahla (pasrah).

Aku: sabarlah,dia jenis perempuan yang tak dapat terima seorang lelaki yang sibuk dan x dapt memberi perhatian dan komitmen dalam hubungan,sabar je la yeah. mak kau dah tahu?

Dia: belum lagi,aku nak biarkan dahulu,aku bagi masa lagi kat dia,kalau masih sama terpaksalah aku lepaskan,aku putuskan untuk tak berkahwin dengan dia.

Aku: sabarlah,engkau pun tahu kan dari mula bakal jadi begini,kau dah bagi dia peluang untuk terima siapakah kau sekarang,tapi kalau tak boleh terima,sabarlah yeah.

Dia: hurm,yelah,aku sedang cuba bersabarlah ni.

**terus kami menukar topik,topik yang lebih happy dari topik tadi,hehehe.

aku faham perasaan dia..yalah,putus cinta sahaja manusia sudah berguling sedih,inikan pertunangan yang hampir terlerai.Oh,aku tahu ia amat siksa bagi manusia bergelar sahabat bulat! tabahkan hatimu wahai sahabat,aku pasti masih ada mungkin untuk kamu menilai sebagai pemaisuri hidup kamu! aku juga berdoa sekiranya hubungan kamu berdua berjaya bertemu penyelesaian,aku harap kamu bahagia selamanya hendaknya,kerana aku tahu dari sudut hati kau masih sayang dia tiada penghujung,sabarlah yeah! chayok2!



people said love is drug and addict,to stop it is hurt.

p/s :: hurm,beginilah nasib,adakala mereka akan terima siapa kita,kadangkala mereka belum tentu dapat terima kesibukan kita.sabar jer lah!

No comments:

Post a Comment

my music


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com