3days without news,3days without voice,3 days still silent,no phone reply,no phone answer,and..3days without her & this happened.
Dia: teddy kat mana tu?
aku: saya kat kelas,mengantuk lah pagi ni,sejuknya.
Dia: aah,saya pun sedang mengantuk,saya tak larat lah,baby tak sedap badan.
** sedangkan aku tahu dia mula tidak sihat sejak dari kampung halaman dan tidak pula menunggu di klinik mungkin kerana panggilan nombor agak panjang mungkinya.akhirnya dia seperti wanita biasa,sedang hampir datang bulan,dan mungkin itu dari kesan akibatnya datang bulan.aku simpati tanpa bicara kerana aku keletihan.
Aku: kenapa tak pergi ke klinik jumpa doktor dan ambil ubat,saya rasa awak patut balik dah sekarang ni,nanti malam boleh kita pergi klinik amik cuti sakit (MC). awak baliklah dulu,berehat saja di rumah sewa.
Dia: saya nak berjalan pun tak larat,inikan nak bawa motor kembali ke rumah.saya tak larat.tak mengapalah,kehadiran di kelas lagi penting.
** seriau darah anginku naik di kepala membaca pesanan ringkas dari dia sebegitu caranya,adakah kehadiran itu lebih penting dari segalanya,tak mengapalah,fikiran dia memang tak sama dengan aku dalam hal begini.bersabar.
Aku: kawan awak tak ade ke yang boleh hantarkan awak balik ke rumah sewa,boleh minta kawan hantarkan sekali ke klinik,saya pun sedang kelas ni,nanti lambat awak nak tunggu.
Dia: awak kelas sampai bila?
Aku: saya kelas sampai jam 6 petang hari ini.
** ya,aku punyai jadual kelas yang amat tenat,hingga jam 6 petang waktu di Malaysia,dan kelas 4-6 petang adalah kelas yang amat pentingkan kehadiran dan kerjasama pelajar waktu pelajaran.
Dia: oh ya kah,tak mengapalah.
aku: minta la kawan hantarkan jap.
Dia: tak mengapalah,saya nak hadir kelas english ni dahulu (kelas Bahasa Inggeris adalah subjek kegemaran dia) lagi pun tak baik lah nak buat kawan begitu,tak mahu menyusahkan kawan.
** apakah makna sahabat mahupun rakan jika begitu pandanganya.aku tak mahu salahkan dia.aku tahu dia tak mahu menyusahkan rakan2 sekelas.dia adalah gadis yang baik hati.
Aku: beginilah,saya balik tengahari ni sebab ada jarak 2 jam,saya tunggu awak kat rumah dahulu,nanti dah habis kelas awak bagitahu saya,okey?
Dia: habis tu kelas petang awak?
Aku: tak mengaplah,nak buat macam mana lagi.
** sedangkan aku lantas memesan pada rakanku untuk membantu aku dalam menandatangani kehadiranku untuk baki 2 kelas petang ini dan dipersetujui kerana sahabat mengerti pemergianku utk apa.Terima kasih kawan.
Dia: okey,nanti habis kelas saya tunggu awak,saya nanti balik rumah dulu bawak balik motorsikal saya,nanti saya tunggu awak di bawah yeah pangsapuri itu.
**demi aku dia sanggup untuk pulang menaiki motorsikal sendiri,sedangkan tadi baru sahaja dia mengatakan kesihatan mengahalangi dia untuk berbuat demikian,aku permansuhkan fikiran itu dan mengawal emosi,aku agak terasa,tak pentingkah kesihatan yang sempurna bagi si dia.tak mengapalah.
Aku: tadi kata tak larat bawak motor?
Dia: habis tu kalau awak amik saya,motor pula bagaimana? tinggal?
Aku: boleh tak awak minta kawan hantarkan? (dalam emosi tanpa reaksi)
Dia: tak mengapalah,saya larat lagi.
aku: okey lah,hati-hati nanti ya.(dalam hati penuh kerisauan,semoga dia selamat)
Dia: okey,nanti saya hantar pesanan bagitahu awak ya,awak pun sama,take care.
Aku: okey.
** tak mengapalah,kehadiran dia disini bukanlah bebanan bagi aku,tapi tanggungjawab yamg sedia ada meski dia masih belum bergelar isteri.Dia adalah kekasih.aku gagahkan jua apa yang sedang dihadapi.
sesudah jam 12.00 tengahari,tamat sudah kuliah aku untuk sesi pagi ini,dan sekali lagi aku memesan pada kawan tentang kehadiran aku,dan kawan juga memesan agar berhati-hati kerana melihat aku yang sedang lesu sejak hampir 3 mingu kebelakangan ini mengenai kesukaran aku tidur lena pada waktu malam.dan aku tunduk serta mangangguk tanda mendengar.selamat sudah aku sampai ke rumah,lalu jari aku lingkas menaip pesanan melalui bimbit yang aku miliki.
Aku: saya sudah sampai di rumah,nanti bagitahulah saya kalau awak sudah sampai dirumah ya.saya datang ambil di rumah naik kereta.
Dia:okey.
** sedang aku melabuh badan di katil bilik,tiada ada yang lebih sedap dari dapat berehat kerana kelesuan.maka aku ambil keputusan untuk merehatkan badan di tilam yang tanpa cadar aku lepaskan jua keletihan bagi aku untuk sementara.sungguh nikmat.
**aku terjaga,rupanya aku terlena tanpa aku sedar.oh tak mengapalah,tertidur sebentar sahaja,aku mencapai bimbit lalu melihat jam loceng hadiah ikhlas dari si dia bertujuan untuk aku tidak lewat ke kelas. dan jarum masa aku hayati dengan penuh teliti dikala gelap.
Oh tidak! 5:45 petang! perasaan seperti baharu sahaja aku terlena,dan bingkas aku melihat ke bimbit,membuka kata laluan.Oh Tuhan,10 panggilan tidak terjawab! 6 pesanan ringkas! dan aku membuka panggilan adalah kesemua dari si dia dan satu dari teman kelas.lantas aku membuka pesanan ringkas.
pesanan pertama : awak kat mana? saya da habis kelas,dah nak balik.
pesanan kedua: saya dah kat bawah rumah pangsapuri saya ini.
pesanan ketiga: awak buat apa yeah?
pesanan keempat:awak tak yah datanglah,saya nak naik!
pesanan kelima: saya dah kat dalam rumah sewa.
pesanan keenam: (dari teman kelas) boy ada mana?
Oh tidak,aku tidur tanpa sedar dan peka dari segala bunyi,ini adalah kerana kesan hampir seharian dan semalaman aku tidak tidur,selepas sahur aku berjaga agar tidak terlepas kelas hari ini.aku sudah banyak ponteng,dan aku tidak ke kelas petang hari ini untuk ke klink,tapi segalanya kucar dek kerana kelesuan,dalam hati mula terdetik perkataan :maafkan saya,awak pasti lama menanti dalam keadaan tak sihat! aku buat keputusan untuk ke klinik juga dan boleh dia menemani aku tika berbuka sahur kerna aku keseorangan hari ini,ahli keluarga yang lain sedang dalam perjalanan ke KLIA ke rumah kakak kesayangan aku, sekeluarga mereka tidak sihat,sudah di ajak oleh abah,namun aku tolak kerana memikirkan si dia tiada siapa yang boleh hantar ke klinik tengahari tadi,katanya telah dikejut tapi aku memberi balasan bicara tanpa mereka berjaya untuk di fahami,mamai agaknya tika itu. Ya,dalam hati aku rindukan kakak aku dan aku tahu dia sedang demam.kasihan,tapi aku juga perlu fikirkan nasib mereka yang lain,itulah sedikit pengorbanan.tapi lebur dek kerana kelesuan,aku langkas menghantar pesanan ringkas pada dia.
Aku: awak kat mana? saya tak sengaja tertidur,jom pergi klinik.
**tanpa balasan.
aku(2) : awak buat apa? tidurkah?
**tanpa balasan.
aku(3) : saya minta maaf,saya letih saya tertidur.
**tanpa balasan.
aku (4) : saya tak sebgaja tidur,maaflah.
**juga tanpa balasan.
** tiada balasan yang aku terima hingga ke hari ini,ya,aku tahu dia mungkin sudah kembali ke kampung kerna cuti hujung minggu,aku membuat panggilan,pesanan,tapi tiada balasan! aku redha.aku tak mahu memberi alasan yang banyak melalui pesanan ringkas.hanya aku loretkan di blog kesayangan aku ni,segala apa yang terjadi.sudah aku post kan di mukabuku segala lagu yang mungkin aku dapat menerima kemaafan darinya,juga tiada balasan.aku masih redha!
**aku belum pernah mencarit segala masalah di sini bersama dia,hari ini aku terpaksa supaya aku mahu dia tahu,tak segala aku mampu bagitahu,aku juga sakit,aku gagal untuk tidur tiap malam,dan siang hari hanya sementara aku rehat berserta gangguan bising dan bebelan,aku juga tanggung pemderitaan,dia hanya mungkin demam dek kerna Virus yang menghentam urat sistem hingga demam dan tak terlepas sedang datang bulan,tapi aku? terlalu tersiksa,ingin menagis,tapi aku bukan jenis kaki tangisan spt jejaka mas kulin yang lain,maaf.aku sedang bertarung dalam masalah aku sendiri,aku tidak sengaja mungkir janji,jika dia terbuka loretan ini,aku mahukan fahaman dari bijaksana akal seorang wanita,sahabat,dan juga sebagai keksaih,terukah perbuatanku? jika Ya,aku rasa aku sudah bersedia apa yang bakal kita putuskan nanti samada positif jua juga negatif.apa yang aku mahu dia tahu,aku masih cintakan dia dan terima sipakah dia dalam hidupku,dan separuh hidupku adalah dalam diri si dia,aku rindu,aku sayang,aku cinta,aku kecewa,dia juga kecewa.aku pasti,maafkan aku.sejujur hati seorang khalifah.sekian
p/s:: tiada seribu alasan,yang hanya ada sejuta permasalahan,tiada masalah tidak dapat dibincang,aku hanya menanti pesanan dari mu.sayang kamu. tiada marah dariku,tiada benci juga datang dari aku.
**aku keletihan.maaf.
**aku juga tak pasti samada entry ini akan memberi kesan positf,namun dari ini juga aku boleh berbicara,untuk kau memahami dari penulisan,tidak dari bicara kata,meski aku bukan picisan yang hebat,namun ini dari aku untuk kamu,dari seorang kekasih kepada kekasih,dari seorang penulis kepada sang pembaca.
** salam rindu,peluk cium dari aku@bulat!
No comments:
Post a Comment