insominia-kesukaran lena pada waktu malam~
sedang aku dua minggu berlalu,aku hadapi kesukaran utk lena pada waktu malam hari hingga ke awal pagi hari,keletihan,kelesuan,tapi kurang kemurungan melainkan waktu tidur siang aku di ganggu,kesakitan kepala menghurung kehidupan seharian,stress itu sering aku berlawan utk mengekalkan kesihatan aku di kala ramadhan utk dihadapi.sentiasa mencuba mengelakkan diri dari berfikiran negatif dan positif,hanya moderate,kerana jika dua itu menyelubungi fikiran aku,makin aku keletihan,keminatan utk berfikir tika lapang menyinggah dalam waktu membuat aku terasa lemah kerana sedangkan mahu tidur ada sahaja yang singgah memberi salam utk difikirkan,tidak tahu cara utk mengosongkan fikiran ini,mungkin ini sebab aku sudah sukar utk tidur malam,pantang aku mendengar bunyi yang bingit,yang mampu mengganggu fikiran aku,emosi aku. pagi tadi aku cuba kan diri utk search something dalam jaringan,lantas jari aku menaip "kesukaran tidur malam"..search match! insomnia! itu saja entry yang banyak keluar hingga page ke-3 google search.makin aku pening.hal ini penah berlaku pada aku dan juga sahabat aku waktu sesi pengangguran setahun dan 4 tahun yang lepas,apabila kami menghadapi kegagalan utk tidur malam hari dan rasa lesu hingga membawa sikap tidur di waktu siang,.hingga akhir sekali bila dikaji sendiri adalah dari sebab terlalu banyak memikirkan sesuatu yang amat penting utk hidup hingga yang hal kecil di abaikan makin mengusutkan fikiran dan kehidupan.tapi ia berlarut hanya 3 minggu! aku harap yang kali ini juga begitu,kini sudah masuk dua minggu,ya tuhan,hanya engkau merasai kesakitan ini,dan juga aku,aku hanya mampu berdoa agar aku dapat menenangkan fikiran ini utk seketika waktu,
aku bukanlah perdana menteri utk memikirkan tentang hal fail negara yang bertimbun,namun ia adalah tentang kehidupan sekeliling aku yang ada kene mengena dengan hidup aku.hanya itu satu ku pinta,harap ini akan berakhir,punyai sedikit perbedaan dulu dan kini,dulu aku tiada blog mahupun jaringan utk aku mengisi masa lapang,tapi kini ada dan masalah ini mungkin akan lebih terok jika aku khayal dalam melayani kesakitan ini..
ya tuhan,dari engkau aku hadir,pada engkau jua aku berserah,.amin..
aku mengambil langkah sendiri sedikit demi sedikit,aku kurangkan diri dari heavy thinking,jika sesuatu yang serius akan aku putar menjadi jenaka bangang barangkali,itu hanyalah utk aku melarikan fikiran aku utk sementara waktu,aku mengambil langkah berdiam diri tika di bebel,aku x mahu bertekak! aku sakit,aku pening.sila kurangkan bertanya berulangkali dan apa aku buat,kerna itu bisa membuat aku marah sedangkan aku tiada niat.maaf kalian.maaf jua ku tuju utk diriku ini.tabahkanlah diri.aku pasti berjaya!! amin.
p/s:: mungkin juga aku fikir memory aku da overload,hehehe..okey,aku nak pergi kelas.mata masih sengkang,tapi ngantokan itu menyelubungi,kerna malam tadi hanya sekitar 2 jam lena aku lantas di ganggu! tapi tidak mengapalah! aku teruskan hidup sebagai cabaran! :)
No comments:
Post a Comment