aKu aDaLah bULat

aKu aDaLah bULat

teRopoNg gOOgLe

Powered By Blogger

Monday, April 20

pokok,air dan batu





apa yang kita lihat pada sebatang pokok dari beribu pokok?
apa yang dia lihat dari air yang keruh?
apa yang dia lihat ada dalam batu?

"lihatlah pada sebatang pokok pada jangka hayatnya,bukanlah pada buahnya..kerana jika melihat pada buahnya,ia mungkin tidak akan tumbuh kembali,dimanakah kesetiaanya pada kita..? tapi jika lihat pada hayatnya,kita akan dapat lihat pada pokok mana yang akan memberi hasil dan kegembiraan pada kita,lihatlah isi pada pokok itu agar ia memberi sejuta makna pada kita,bukan pada kelebatan buahnya..
jika dilihat apa yang ada dari dalam air yang keruh usahlah melihat pada ketenangan pergerakanya, kerana usah disangka air yang tenang tiada bahayanya,tiada gunanya, lihatlah apa yang ada dalam air yang keruh kerana ia menyimpan berjuta rahsia yang tersurat dan tersirat..selamilah ia jika engkau ingin kenalinya,bukanlah dari luaran..tp apa yang dilihat dan ternampak dalam batu adalah warna yang menarik..janganlah dilihat pada kecantikan batu yang mempunyai warna pada sesetengahnya kerana tidak semua batu seperti berlian dan permata,punyai tarikan dan warna tersendiri,sedangkan berlian mampu membelah kaca dalam diam,batu yang sebijik mampu memecahkan cermin secara terangan..manakah yang lebih mulia..? antara berlian dan batu kebiasaan,mana yang mempunyai kasih sayang yang tiada berbelah bagi ..?
apakah makna ini semua..?

pokok adalah diri kita dalam beribu insan,air yang keruh adalah perasaan yang ingin diungkai,batu adalah hati..

usah dilihat pada luaran setiap benda kerana kita perlu selami dalamannya jika kita ingin memenanginya,begitu juga pada manusia,jangan dipandang apa yang kita lihat dari luaran,tapi lihat lah juga isi hatinya,kenali lah juga perwatakannya,kadang kala yang tidak berjubah lebih mulia darri yang berjubah..

setiap insan mempunyai pandangan tersendiri,namun setiap jawapan adalah mencerminkan pandangan dan sejauh mana ia mendalami siapa kita..=) hanyalah untuk renung2kan..

No comments:

Post a Comment

my music


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com