aKu aDaLah bULat

aKu aDaLah bULat

teRopoNg gOOgLe

Powered By Blogger

Thursday, March 12

Kejarlah impian selagi termampu. .


Kejarlah impian selagi termampu. .
Impian..setiap insan yang lahir kedunia telah mempunyai impian dalam kehidupan ini,..tidak kira ia hanya khayalan atau bayangan kerana suatu hari nanti ia akan menjadi kenyataan walaupun bertapak melalui jeritan kepayahan mengharunginya..impian perlu disusuli usaha yang tidak pernah luntur jika impian itu adalah impian yang akan terlaksana..kejarlah impian selagi kaki kita mampu untuk bertahan,usah sesekali kita berundur jika terluka,ia hanya bersifat sementara,. permulaan akan penuh dengan keperitan hidup,kadang kala impian kita menjadi bahan gurauan dan ketawa bagi manusia disekeliling kita,impian kita menjadi kritikan oleh mereka yang tidak mengenali dan menghargai impian setiap benda yang hidup di dunia ini..cuba bayangkan bagaimana ‘Bill gate’ pengasas Microsoft pertama yang mengharungi cabaran untuk merealisasikan idea dan impiannya kepada dunia,penuh kritikan dan kata2 yang amat memedihkan hingga ada yang menyifatkan dia adalah manusia gila,tapi apa yang terjadi sekarang? Idea dan impiannya kini merelisasikan impian setiap orang tidak kira muda dan tua..
Aku juga mempunyai impian tersendiri, kamu juga mempunyai impian tersendiri,kenapa perlu dipersiakan setiap impian yang lahir dari akal pemberian tuhan yang maha esa..realisasikan ia menjadi kenyataan..
Kejarlah impian seperti impian itu bakal terjadi hari ini,raikan impian seperti ia akan hilang keesokannya,gunakanlah impian untuk permata hidup,jika impian terjadi,berjuta mulut mampu kita tutupi,berjuta kutukan mampu kita tangani,malahan,tika itu,senyuman dan ketawa sebagai pengganti waktu kita duka dahulu kala mengejar impian yang belum pasti…engkau akan merasai kepuasaan yang tidak mampu dimiliki oleh mereka…

No comments:

Post a Comment

my music


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com