aKu aDaLah bULat

aKu aDaLah bULat

teRopoNg gOOgLe

Powered By Blogger

Thursday, March 12

Bila tuhan mengingatkankan hambanya . .

Bila tuhan mengingatkankan hambanya . .
Kita perlu bersyukur kerana kita sentiasa di ingati olehNYA tanpa mengira pangkat , darjat mahupun rupa.. Begitu adil perhatianNYA..adakala manusia mempersia2kan peringatan tu kerana alpa oleh keseronokan duniawi..ada yang menyangka setiap kejadian pada mereka adalah kerana sial dan nasib malang yang menghantui mereka dalam kehidupan ini..sentisa membayangi walau mana jua bayang pergi..
Walhal itu semua adalah ujian yang telah diberikan oleh tuhan pada kita sebagai tanda kasih dan sayang pada hambanya..sentisa memperingatkan kita bahawa dunia ini adalah sementara,keseronokan adalah sebentar,dan kehidupan adalah seperti putaran roda yang tidak pernah terhenti..apa yang pernah terjadi pada mereka akan hadir dalalm diari kehidupan kita..itulah konsep kehidupan..
Ada yang sedih…ada yang mengembirakan..
Namun ape terjadi bila tuhan mengingati hambanya?
Kita tidak sedar,selalu ditimpa malang bila kehidupan bermula dari terbit matahari hingga menjelma bulan dan kembali kepada kehadiran matahari semula..kita selalu merintih kenapa ujian hanya hadir pada kita..kenapa tidak pada yang lain..kenapa tidak tuah menyebelahi kita…
Wahai hamba tuhan yang esa…
Sedarlah….itu semua adalah ujian yang mampu menilai kekuatan dan mampu mengukur siapakah kita sebenarnya dimuka bumi yng gersang ini…apabila ujian melanda,ingat lah kita bahawa tuhan sedang menguji kita,tuhan sedang melihat kita,tuhan sedang menilai kita…hidup ini adalah seperti lakonan tanpa henti yang hanya berakhir apabila tirai kehidupan mu tertutup..
Disitu mampukah kita memperlihatkan kembali lakonan kita yang sentiasa merintih ujian untuk kita…? Fikir2kan..itu lah yang akan terjadi apabila tuhan mengingati hambanya..bersyukurlah kita jika ditimpa musibah buruk mahupun baik..kerana ia datang dari yang maha esa….hadapi dengan berjuta kesabarab dan ketenangan,fikirkan apa akan terjadi kelak dan usah terlalu cepat melupakan nya..kerana ia akan kembali berlaku pada kita dan mereka semua,waktu itu,kita sedar..kita sudah bersedia..tiada yang lebih indah dari menyelesaikn masalah dari melarikan diri dari itu…

No comments:

Post a Comment

my music


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com