hantu mirip kawan
cerita ni dah lama berlaku...tapi x da lah lama sangat.ianya terjadi pada tahun 2001. waktu tu aku belajar di sek.men.teknik lebuh catur ipoh.aku duk di asarama masa aku duk kat sekolah tu...nak dijadikan cerita...pada suatu ari tu aku ingat lagi hari khamis mlm jumaat.budah lelaki duk heboh pasal hantu bergayut kat pokok belakang asrama lelaki....aku bukan main suka lah tgk benda2 mcm tu.mlm tu aku bercadang nk tengok benda tu.aku pun berpakat dengan member aku iaitu wadiah,saida and yat.tapi kali ni lain pula jadinya.malam tu tak jadi aku nak pergi tengok hantu tu...sebab apa mesti korang nak tau kan....ni lah bermulanya jeng..jeng..jeng...aku geram sangat dengah budak junior ni.namanya eliza...aku tahu lah dia lawa tapi sombong, bukan dia saja tapi ada seorang lagi.kami gelarkan dia katak kembung sebab pipi dia tembam macam katak kakakakaka..jahatnya ku.slps je prep mlm, kami dah pakat nak tarik budak tu pukul 2 pagi kat bilik prep.so rancangan kami berjaya..sementara nak tunggu pukul 2 pagi so kami buat lah benda yang bepaedah sikit.biasalah main SAIHIBBA.tak kan korang tak tahu kot permainan ni, ala yg mcm roda impian tu cuma bezanya kami susun ayat yg kami ada hurufnya.punya syok kami main-main tinggal 10 minit nak masuk pukul 2pg .mata aku dah separuh nak tutup.so aku pun lena lah di buia mimpi...tepat pukul 2 member aku ajak aku pergi bilik prep,so aku mls lah,biasalah dah dapat bantal apa pun dah x ingat.aku lupa plak nk bg tahu yag aku bermain saihibba dlm dorm gelap oooo.tapi kami main mcm biasa cuma cahaya tu kami guna lampu suluh jer.ok aku sambung balik.kan aku kata tadi yang aku tido masa main saihibba.aku tido bukan kat atas katil tapi aku tido dekat tempat yg kami bermain saihibba di atas lantai lah.elok jer aku tido lebih kurang 10 minit ada seorang pompuan yg miripnya seperti mirip member aku yg nak raging budak 2 ekor tu.benda tu gerak aku cuma dgn ibu jari kaki sahaja.korang tahu tak besar mana ibu jari dia....korang pergi kedai n cari roti high-5 yang 50 sen harganya tu.besar tu lah ibu jari dia.tapi lembutnya ya allah lembut betul.mcm tak da tulang.hantu tu gerak aku n tanya aku sama ada nk joint buli budak 2 ekor tu ke tidak.aku ni biasa lah,dah dpt bantal rumah terbakar pun belum tentu aku bangun. so aku kata kat hantu yg rupanya mirip kwn aku tu, yg aku tak nak joint.aku nk tido.benda tu mcm tak puas ati kat aku jer,so dia terus blah.
esoknya plak aku bangun je tdo aku terus tanya member aku yg mirip mcm benda tu."wardiah knp ko gerak aku guna kaki n kenapa ko pakai telekung putih smlm" member aku bengang la kat aku.mn ada dia gerak aku guna kaki.dia tak gerak aku pun malam tu.mlm tu jg, mereka pun terkena kat bilik prep.baru nak raging budak 2 ekor tu dengar tapak kaki org berjalan kat luar.bila mengintai ikut bawah pintu xda tapak kaki pun. yg ada bayang2.member aku apa lagi suruh lah budak 2 eko tu senyap. member aku yg sorang tu tutup mulut junior tu agar dia x menjerit.sangkaan mereka warden buat sport chek.tapi yg herannya knp dia naik ikut tangga belakang. bila bayang2 tu melepasi je pintu, mereka dengar bunyi pintu dorm terbuka. almaklumlah bilik prep sebelah dorm. kawan2 aku semua ingat yg warden masuk bilik buat sport chek. kira kantoi lah lah kalau wardent buat sport chek. rupa2 nya hantu tu lah yg membuka pintu dan mengajak aku keluar dari bilik tu. kawan2 aku dengar jer pintu dah tutup so apa tunggu lagi cabut lah masuk bilik dan tidor....so tak jadi lah nak raging budak 2 ekor tu.sangkaan mereka warden. esoknya aku campurkan crita aku dgn kawan aku rupa2nya dlm 1 masa 2 perkara telah terjadi.
itu jelah kesudahan cerita aku....mmg best sgt...
No comments:
Post a Comment