Saturday, January 29
hari ini apa aku ingin katakan,jangan kerana engkau manusia yang lebih tua dari yang lain hanya engkau perlu di hormati,kerana engkau juga manusia,aku juga manusia,mereka yang lain juga manusia,usah engkau berdabik dada melakukan kebaikan,kerana di belakang kau masih ada banyak yang mereka lakukan,lebih mulia dari apa yang kau lakukan engkau. dan kalau kau berkata tentang erti pengorbanan, malu lah sendiri untuk berbuat demikian,kerana engkau sudah dikira sebagai manusia sombong dan berkira. mereka tahu untuk membalas,tapi tunggu masa dan ketika. jika engkau hanya berdabik berkata kebaikan,doakan sahaja tuhan yang memberkati,bukan lah manusia,kerana hati manusia sering bertukar-tukar deria dan rasa. ingat itu wahai mereka dan juga aku. :) engkau dan aku serupa,yang berbeza amalan kita. akal engkau dan aku sama,yang berbeza cara kita atasinya. yang pasti pada yang ESA kita akan kembali!
~nurkilan bulat~
Sunday, October 17
salam sedara blog bulat2 kita..sebelum kamu yang sedang atau baru ingin memulakan bacaan dari entry yang ini perlu saya dahului bahawa entry kali ini adalah dari pendapat dan pesanan yang datang dari diri dan akal pemikiran saya serta dari pengalaman yang saya juga pernah lalui.peribadi. :) saya juga dapat memuatkan dari hanya pengetahuan saya yang terhad melalui pengetahuan saya yang terhad dalam bidang ini dan kebanyakkan isi dalam entry ini adalah dari apa yang saya faham dan mengerti dari bacaan saya sendiri melalui blog2 yang saya ikuti dan membaca segala penulisan mereka,dan saya tidak mengambil segala kepercayaan melainkan hadis dan sunnah yang sah oleh Rasul kesayangan kita. segala entry di blog mereka yang saya baca saya cuba fahami sendiri dalam keadaan masih terkawal kerana bersyukur alhamdulillah kerana kita semua dikurniakan akal oleh DIA dan alhamdulillah saya juga mampu menggunakannya. :)
illuminiti atau lebih mudah untuk kita fahami dengan perkataan freemason yang diwujudkan oleh mereka yang bersengkokol bersama-sama yahudi untuk menjatuhkan keislaman yang ada dalam muka bumi ini. Mereka juga terkenal dengan perjalanan rahsia dalam menjalankan segala perancangan yang terancang dan meluas untuk melunaskan perancangan mereka yang sudah tentu hina dan terkutuk dari kaca mata Islam dan sifat kemanusaian. Tetapi entry kali ini bukanlah untuk saya menceritakan apakah itu freemason dan mengapakah kewujudan freemason atau illuminit ini terbina dan mengapakah itu perancangan mereka. Apa yang saya ingin sampaikan dalam entry kali ini adalah lebih kepada penghayatan nasihat untuk kalian semua serta pandangan. kemungkinan ada yanng pelik bagi yang pernah membaca entry kali ini kerana kebiasaan saya akan menggunakan bahasa "aku" tapi kali ini adalah "saya"..ini adalah kerana waktu sebegini saya lebih menggunakan saya.heehee.
apa yang saya ingin uarkan di entry kali ini adalah mengapakah kita kini sedang sibuk mencari dan mengkaji apakah illuminit dan freemason ini secara meluas dan hampir kesemua remaja dan malahan golongan kecil juga sudah mula mengkaji. Pengkajian adalah sesuatu yang bijak dan bagus tetapi mengapakah hal ini yang lebih menarik mereka untuk dikaji walhal masih ada sesuatu yang pasti lebih indah untuk dikaji. :) apa yang saya maksudkan disini adalah selepas sebuah video yang kini sedang hangat diceritakan dikalangan kita tentang video manusia hujung zaman. apabila kita mula mengatakan tentang illuminiti kita juga sedang menonton tentang kajian mereka mengenai kehadiran dajjal di akhir zaman dan lebih menggerunkan apabila sudah ada mula predict mengenai waktu bilakah kiamat akan datang. relevan kah ini? kamu sendiri tanya pada diri sendiri. dan lebih menakutkan adalah semakin ramai yang mula ingin mengkaji tentang ini. Apa yang sedang saya katakan bukanlah menghalang mereka untuk mengkaji freemason tetapi lebih kepada apakah kesan pada mereka nanti sekiranya mereka lalai dalam hal ini,mampukah kita untuk mengawalnya nanti dihujung kajian? itu yang saya khuatiri.
Baiklah,saya sudah pun melihat video itu dan saya juga punyai pandangan positif dan negatif tentang itu. pembikin video itu adalah boleh juga dikatakan terbaik kerana dia mengkaji hampir detail tentang ini tetapi harus saya ingatkan mengapa pembikin itu juga akhirnya menarik kembali serta memohon maaf dan menutup juga blog yang disayangnya adalah kerana sesuatu. yang pasti penulis dan pembikin blog itu sudah nampak dan melihat kesan disebaliknya bagi mereka yang menonton. Kesan yang baik adalah apabila usai menonton mereka mula membuat andaian sendiri dan kadangkala sudah bercampur aduk hujah2 mereka dan makin membimbangkan pemilik. dan akhirnya telah mengambil keputusan agar tidak mahu mengambil apa2 lagi perihal video ini dan mulakan pencarian baru serta kajian yang lebih indah bagi beliau.
http://me.leokid.my/dunia-akhir-zaman (sources)
dari apa yang saya ingin huraikan kepada mereka yang sudah mula atau sedang mengkaji perihal ini supaya jangan terlalu taksub tentang hal ini. saya juga tertarik kepada satu blog yang menyatakan pendapat dan nasihat kepada mereka yang mula ingin mencari tapak dalam hal illuminiti dan freemason ini. petikan ini di petik oleh saya dari komentar yang dihantar beliau melalui blog ini kepada salah seorang yang mengutarakan hajatnya untuk memulakan kajian tentang hal ini.
1. Kuatkan ilmu2 asas agama terutama aqidah sebelum kita meneruskan pengkajian. ini kerana kita juga akan mempelajari aqidah mereka yang sangat bertentangn dgn aqidah Islam.
2. Perkukuhkan ilmu2 berkaitan dengan hadith2 nabi s.a.w. Ini kerana, sebahgian besar yg saya lihat terlalu bersmngat utk mengkaji hal2 ini tetapi apabila berhujjah, dalil2 hadith yang digunakan tidak tepat dan banyak hdith yg digunakan dhaif bahkan maudhu'.
3. Elakkan terlalu obses apabila anda melakukan research mengenai hal2 ini. Ini untuk mengelakkan kita tidak mengaitkan seluruh yg 'nampak serupa'dengn agenda jahat mereka. seperti contoh "mencabut tikar getah hitam putih kerana ia seperti checkered floor yg diamalkan oleh puak freemasonry". Harap dapt memahami apa yg ingin sy smpaikan...
4. Rujuk dari sumber2 terpelajar seperti mereka yg benar2 mengkaji. dalam hal ini, saya mencadangkan beberapa orang untuk dijadikan rujukan:
a) Dr Sulaiman Noordin (sejarah pemikiran 1)
b) Ismail Omar (Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah) ASWJ.
5. Perkuatkan pengkajian mengenai hal2 berkaitan agama Islam sendiri. Sejauh mana Islam yang diamalkan secara turun termurun ini benar2 selari dengan apa yg ingin disampaikan oleh Al-Quran dan mengikut piawaian Rasulullah. Kajian ini mungkin meliputi apa yg orang kata sunnah, tetapi hakikatnya tidak, dan apa yg orang kata tidak tetapi hakikatnya ia Sunnah..
Semoga kita dpt hayati keseluruhan yg sy cuba bawa agar kita lebih berhati2 dlm mengkaji isu ini. sekian, wassalam.
http://jejakitinggalanrasul.blogspot.com/2010/06/mesej-bawah-sedar-world-cup-2010.html#more (sources)
komen ini ditulis oleh Mohd sufian talib (http://www.blogger.com/profile/16767418667710687227).
saya juga mengharapkan setelah membaca apa yang diatas dapat membuka minda pembaca mengapa saya sarankan untuk tidak kamu mula mengkaji terlebih dahulu tentang perihal illuminiti sebelum kamu usai mengkaji apakah itu Islam Dan Iman. Maaf sekali lagi saya ucapkan kerana saya bukanlah Alim dan ulama` untuk petah bermonolog tentang Islam Dan Iman, tapi cukup saya katakan itu adalah penting.
dahulunya saya juga di antara golongan yang amat meminati tentang perihal ini iaitu freemason atau illuminiti tapi dihujung cerita kisah ini,saya sudah mula jelak dengan illuminiti,dan saya juga pernah berhenti dari mengkaji yang bagi saya kurang berfaedah,dan syukur alhamdulillah saya sudah berhenti dari mengkaji hal itu kerana saya sudah mula mencari sumber-sumber yang lebih bermanfaat kepada saya dan merka yang lain. Keraguaan mula tersinar untuk berkata hal apa yang saya sudah berubah arah menukar hala tujuan saya. KLU yang mudah untuk saya katakan apa yang saya kini lebih tertarik untuk mengkaji dan membaca serta berfikir adalah "ISLAM ITU INDAH",semoga kamu sudah dapat memahami apa yang kini saya minat. Bukanlah saya ingin mengatakan untuk mengkaji Illuminiti adalah salah dan berdosa dan tak berfaedah,maaf,jangan kamu salah tafsir ya sahabat. tetapi lebih berfaedah jika kamu kaji tentang keindahan Islam itu sendiri dari sibuk perihal ahli illuminiti atau freemason ini sedang berusaha mengeluarkan dajjal bagi mereka menyembah sebagai ketua. Hal ini sudah awal kita ketahui dalam kitab Quran bahawa ya dajjal itu akan keluar suatu ketika nanti di akhir zaman dan akan mula pula munculnya imam mahdi sebagai ketua islam tika itu untuk memimpin Islam nanti,maka akan diturunkan juga Nabi Isa A.S untuk membunuh dajjal. Sudah tertera tepat dalam Quran tentang hal itu, dan yang mampu menyelamatkan kita nanti adalah Islam Dan Iman yang utuh kepada Allah S.W.T dan ajaranya.
Sedang sibuk kita risau tentang kumpulan ini,sedang sibuk kita takut kehadiran dajjal,sedang sibuk kita memikirkan kiamat semakin hampir dan sudah mula ada yang mula teori sendiri waktunya kiamat dan sebagainya. Adakah itu akan menfaatkan kita? tahukah kita tujuan illuminit? bagi pendapat saya sendiri bahawa kita sibuk mencari CARA mereka iaitu cara illuminiti sedangkan kadangkala kita juga sudah melihat dengan cara itu akan mampu melalaikan kita,itulah cara mereka. Kita sudah mula takutkan dajjal walhal kita perlu takutkan Allah,kita sudah mula fitnah berfitnah sesama sendiri sdangkan kita tahu fitnah itu slah satu yang Allah murka,kita sudah mula mengandaikan segala macam soalan yang datang dan mula kabur tentang soalan yang kamu sendiri cipta hingga kadangkala kamu bertanya kenapa dan mengapa? dan itu dikhuatiri akan menjadikan akidah kamu mula was2 dan itu adalah amat menakutkan semua orang.
sedarlah wahai sahabat,kamu akan sedar dari lena suatu hari nanti dan aku juga berdoa agar akan dapat aku hidayah seperti itu mogaan, tidakkah kamu terfikir perkara yang paling mudah tentang suatu soalan yang saya ingin tujukan ini.
" Mereka yang kini sudah mula memasuki Islam lebih hebat kajian mereka seraya dakwah mereka tentang Islam kepada semua sedangkan kita masih di takuk lama,dan kita yang bersyukur sejak lahir adalah Islam,bagaimanakah?"
ada masa saya juga takut untuk menjawab soalan saya sendiri dan terserah kepada sahabat untuk menjawab dan menilai. Yang buruk datang dari saya dan yang baik adalah dari yang Maha Esa. Allah S.W.T. Sekiranya ada kekurangan dari entry ini janganlah kamu terus memaki atau apa sahaja yang negatif tentang saya,sedangkan lebih indah jika kamu menasihati. Sebelum itu sekiranya kamu ingin mengambil entry ini sebagai rujukan bulat2 seeloknya tanya pendapat mereka yang lebih arif. Alhamdulillah. salam sayang saya pada khalifah sekalian. :)
**tetapi juga kepada mereka yang ingin juga teruskan usaha mereka untuk mengkaji illuminati dan freemason ini saya sarankan kamu kunjungi:
- http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/10/panduan-memahami-ilmu-teori-konspirasi.html
sebagai panduan kamu untuk memahami lebih terperinci kenapa saya tak terlalu sarankan untuk kamu mengkaji illuminiti atau freemason ini. tiada halangan untuk kamu,ini pilhan kamu.wallahualam.** :)
Wednesday, October 13
Monday, October 11
my friend asked, Aboy, why your dreams are so big?
I asked him, what do you mean?
u always think of something that would be great,
and I have a simple answer, (smile)
You must be thinking, so why not think big?
I like to think big. If you are thinking anything, you might as well think big,
and that how I thought I was practical to think big,
and always thinking how to make it real.
and one day, I believe, it will become a reality.
(Smiling)
always pray to Allah and try to do something to your idea must be true.

i will walking with something in my head is idea and something that i would be done one day and...today.. :)
and some of you will never know what i am just thinking about.
it is me,and..
Allah only know everything. :)
Friday, October 8
Aku, Bulat & Volkswagen.
Pada tanggal 21 julai 2010,jam 6.15 ptg yg hening tanpa burung berkicauan,sedang perjalanan pulang ke kg halaman setelah suai kelas ku yg agak menyeksakan hari itu,mata ku terkilas memandang “use car” yg terdampar di pergigian jalanan usang punyai penghuni sebuah motokar yg membuat aku terpaku! Kelihatan dari mata aku adalah berwarna biru yg kusap mmg kelihatan old skul beb, lantas aku terbulat kan mata apabila melihat harga yg mungkin x ade akal bagi aku,namun itu yg aku terlihat! RM 1969!
..Volkswagen biru kusap (tiada gambar di ambil) menjadi tarikan lirikan mata ku yg mampu menggoda si tua itu,menoleh tanpa ada niat utk ku hentikan motor Honda yg ku miliki jugak usang tidak sama dgn usia nya,tersenyum..kegemaran yg terhasut melalui dek sebuah komik UJANG yg berkepalakan
“aku,dia & Volkswagen”
..dlm terbuai dek lamunan motosikal ku yg ikhlas mengendong daku ke hulu kehilir hingga sudah tidak mampu menangis tu ,fikiran aku melayang memikirkan hal td,sudah mula utk menganalisi setiap sen yg mampu aku korek hingga kontang dlm akaun aku..wah..mungkin mampu,tapi balutan daun kertas sebagai kepolan asap dan Maggie goreng gak bakal aku telan di waktu 6 bulan nie..kihkihkih…arghhh…impian,persetankan saja makanan itu..mula berangan dan hanyut dlm dunia ku sendiri,dari mula tidak ku kenal apa itu warna cuba jugak aku utk meyakini diri bahwa itu warna bakal ku pilih,warna biru empraza,Subaru. Dlm khayalan terlintas utk ku jadikan Volkswagen itu kekasih ku yg ketiga! Yeah!!!!! Badan kamu disaluti warna tona yg indah! Lather seat yg ala2 berwarna puteh susu, steering yg bakal aku genggam adalah sebesar Dr.Bombay! lagu2 klasik jazz dan ska moden bakal berkumandang dlm corong2 radio Volkswagen aku! Berbaju kemeja kotak dan disenseng lengan nya,berkaca mata rayban,seluar Yankee ala2 60-an..(berangan) warghhhh…sudah terliur!
Namun impian ku kabur tika malam menjelma bila aku suarkan soalan kpda rakan bahwa harga utk sebuah klasik memory dan mereka terpana,kerana dr informasi mereka harga yg adalah sudah mencecahan puluhan ribu,lantas ketawa menyiringi sisipan telinga ku yg bolat ini,rupanya berharga RM11969! Deummmmm! Terasa muka terhempas oleh roller coaster goh tong! Dan lantas analisa diri menguasai diri,mungkin benar fakta mereka,nombor bukan dunia ku! Hahahahaha,,,
arrghh..
sekali lagi aku persetankan infomarsi itu,biar kewangan menghalangi aku & Volkswagen hari ini,suatu detik jua kita bakal bertemu! Meski di reality belom pasti! Chayook!! Aku,bulat & Volkswagen! Haikkk…hehehehehe…
malam ini sekali lagi aku melarikan mata dalam sesawang Mudah.my dan mula sahaja menaip volswagen dalam enjin carian maka ini yang aku ketemui!!!!
Volkswagen Beetle - Special Edition
RM28000! erghhh...hati aku mula mendebar tatkala mata melihat harga yang ditawar..berbaloi dengan segala bodykit yang agak menarik dipertontonkan disitu..tapi..manekah mampu untuk aku mencari wang sebegitu waktu belajar ni..nak saja aku call mamat tu mintak hold 3 tahun lagi boleh x???? (tersenyum) manakan mahu dia simpan sekiranya ada lagi pembeli yang sudah sedia menaruh harga dalam waktu terdekat..dan hanya mampu melihat dan miliki ia suatu hari nanti hendaknya..doakan sahaja aku punyai model ini dan bodykitt begini...bye2 beetle....(terharu)...semoga kita ketemu.... :DSaturday, October 2
ini adalah coretan yang bukan dikawal oleh emosi kemarahan meski dari makian,tapi lebih pada pandagan pada mereka yang lebih berfikiran negatif tentang sesuatu! baru tadi aku "log in" ke mukabuku dan seperti biasa kita akan melihat news feed. maka terpampar status sebuah page yang menyatakan "



