aKu aDaLah bULat

aKu aDaLah bULat

teRopoNg gOOgLe

Powered By Blogger

Friday, August 20

jika tiada jodoh antara kau & dia anggap sahaja kamu tiada ketetapan,mungkin ada yang lebih baik dari dia untuk kamu wahai sahabat.namun jauh sudut hati aku,doa tiada putus untuk kebahagiaan kamu berdua.

aku mempunyai seorang sahabat yang sememangnya rapat dalam dalam kehidupan kami,kadangkala kerapatan kami dicemburui oleh sang pencinta masing2,bukan aku sahaja,malahan sang pencinta dia juga sama jer. sahabat aku ni seorang yang sibuk dengan kerja,yalah,kerja di site perlukan komitmen yang tidak berbelah bahagi tolok gandingannya untuk mendapat posisi yang selesa. Syukur dia sudah berjaya. Ya,dikalangan sahabat handai aku,kami tergolongnya sahabat2 yang masing punyai masa yang limit,hanya "rumah hijau" (restoran Darul Ehsan-mamak) menjadi tempat persinggahan kepenatan berkerja atau pun tempat bersua muka antara sahabat dan orang kampung,tidak terlepas juga pertemuan gadis2 "hot" yang kadangkala singgah membeli makanan! fuhhh,syurga mamak! haha. :P


ejam (kiri) & aku (yang masih berputing..hehe) ketika kecil sudah bersahabat

semalam adalah harinya menjadi bukti sahabatku berputus asa untuk menjadi yang terbaik,dia adalah sahabat aku dari alam buai hingga kini kami besar bersama,belum pernah aku melihat dia berpatah alang sebegitu,meski tiada reaksi yang mampu membuat mereka menatap ratapan hampa dari wajahnya,namun aku sebagai rakan dan sahabat mengerti dia sedang tersiksa,melalui kata2 yang hambar dikatakan padaku dalam nada yang perlahan serta tanpa emosi aku mengerti dia sedang kecewa. Rumah hijau menjadi saksi perbualan yang dalam keadaan spontan dalam suasana riuh rendah.

Dia: boy,aku rasa aku tak kahwin la ngan tunang aku nie.

aku: asal lak kau cakap camtu? apa masalah lagi?


** aku sudah tahu apa permasalahan mereka berdua sejak mereka mula kenal lagi dan semenjak sahabat aku ni mula di naikan pangkat malahan kini dia sudah menjadi engineer di sebuah company swasta sekitar Subang.aku tahu dia tidak punyai masa yang lama untuk berbual,tapi masih mampu untuk bertanya khabar sang cinta,tapi itu juga masih tidak cukup bagi si tunang sebagai "attention"! apakah lagi engkau mahu aku todak faham,tapi aku sahaja bertanya supaya dia dapat bercerita,aku tahu tiada siapa tahu lagi hal ni selain aku.

Dia: entahla,dia da tak dapat terima lagi aku dalam keadaan begini,aku pun tak tahu nak buat camna. dah 3 hari dia tak contact aku,aku call pun dia tak angkat,kak Ana call pun dia tak jawab,kak Ana ada buat kad raya untuk dia,ye la kak Ana kan baik dengan dia,nak minta address kampung sana,tapi langsung tak balas.entahla (pasrah).

Aku: sabarlah,dia jenis perempuan yang tak dapat terima seorang lelaki yang sibuk dan x dapt memberi perhatian dan komitmen dalam hubungan,sabar je la yeah. mak kau dah tahu?

Dia: belum lagi,aku nak biarkan dahulu,aku bagi masa lagi kat dia,kalau masih sama terpaksalah aku lepaskan,aku putuskan untuk tak berkahwin dengan dia.

Aku: sabarlah,engkau pun tahu kan dari mula bakal jadi begini,kau dah bagi dia peluang untuk terima siapakah kau sekarang,tapi kalau tak boleh terima,sabarlah yeah.

Dia: hurm,yelah,aku sedang cuba bersabarlah ni.

**terus kami menukar topik,topik yang lebih happy dari topik tadi,hehehe.

aku faham perasaan dia..yalah,putus cinta sahaja manusia sudah berguling sedih,inikan pertunangan yang hampir terlerai.Oh,aku tahu ia amat siksa bagi manusia bergelar sahabat bulat! tabahkan hatimu wahai sahabat,aku pasti masih ada mungkin untuk kamu menilai sebagai pemaisuri hidup kamu! aku juga berdoa sekiranya hubungan kamu berdua berjaya bertemu penyelesaian,aku harap kamu bahagia selamanya hendaknya,kerana aku tahu dari sudut hati kau masih sayang dia tiada penghujung,sabarlah yeah! chayok2!



people said love is drug and addict,to stop it is hurt.

p/s :: hurm,beginilah nasib,adakala mereka akan terima siapa kita,kadangkala mereka belum tentu dapat terima kesibukan kita.sabar jer lah!

Take Me With You

What a girl want's to hear

Wednesday, August 18




insominia-kesukaran lena pada waktu malam~


kesakitan

sedang aku dua minggu berlalu,aku hadapi kesukaran utk lena pada waktu malam hari hingga ke awal pagi hari,keletihan,kelesuan,tapi kurang kemurungan melainkan waktu tidur siang aku di ganggu,kesakitan kepala menghurung kehidupan seharian,stress itu sering aku berlawan utk mengekalkan kesihatan aku di kala ramadhan utk dihadapi.sentiasa mencuba mengelakkan diri dari berfikiran negatif dan positif,hanya moderate,kerana jika dua itu menyelubungi fikiran aku,makin aku keletihan,keminatan utk berfikir tika lapang menyinggah dalam waktu membuat aku terasa lemah kerana sedangkan mahu tidur ada sahaja yang singgah memberi salam utk difikirkan,tidak tahu cara utk mengosongkan fikiran ini,mungkin ini sebab aku sudah sukar utk tidur malam,pantang aku mendengar bunyi yang bingit,yang mampu mengganggu fikiran aku,emosi aku. pagi tadi aku cuba kan diri utk search something dalam jaringan,lantas jari aku menaip "kesukaran tidur malam"..search match! insomnia! itu saja entry yang banyak keluar hingga page ke-3 google search.makin aku pening.hal ini penah berlaku pada aku dan juga sahabat aku waktu sesi pengangguran setahun dan 4 tahun yang lepas,apabila kami menghadapi kegagalan utk tidur malam hari dan rasa lesu hingga membawa sikap tidur di waktu siang,.hingga akhir sekali bila dikaji sendiri adalah dari sebab terlalu banyak memikirkan sesuatu yang amat penting utk hidup hingga yang hal kecil di abaikan makin mengusutkan fikiran dan kehidupan.tapi ia berlarut hanya 3 minggu! aku harap yang kali ini juga begitu,kini sudah masuk dua minggu,ya tuhan,hanya engkau merasai kesakitan ini,dan juga aku,aku hanya mampu berdoa agar aku dapat menenangkan fikiran ini utk seketika waktu,


waktu selalu aku detik

aku bukanlah perdana menteri utk memikirkan tentang hal fail negara yang bertimbun,namun ia adalah tentang kehidupan sekeliling aku yang ada kene mengena dengan hidup aku.hanya itu satu ku pinta,harap ini akan berakhir,punyai sedikit perbedaan dulu dan kini,dulu aku tiada blog mahupun jaringan utk aku mengisi masa lapang,tapi kini ada dan masalah ini mungkin akan lebih terok jika aku khayal dalam melayani kesakitan ini..
ya tuhan,dari engkau aku hadir,pada engkau jua aku berserah,.amin..
aku mengambil langkah sendiri sedikit demi sedikit,aku kurangkan diri dari heavy thinking,jika sesuatu yang serius akan aku putar menjadi jenaka bangang barangkali,itu hanyalah utk aku melarikan fikiran aku utk sementara waktu,aku mengambil langkah berdiam diri tika di bebel,aku x mahu bertekak! aku sakit,aku pening.sila kurangkan bertanya berulangkali dan apa aku buat,kerna itu bisa membuat aku marah sedangkan aku tiada niat.maaf kalian.maaf jua ku tuju utk diriku ini.tabahkanlah diri.aku pasti berjaya!! amin.


nothing to think make me sick,and thinking make me sick!
p/s:: mungkin juga aku fikir memory aku da overload,hehehe..okey,aku nak pergi kelas.mata masih sengkang,tapi ngantokan itu menyelubungi,kerna malam tadi hanya sekitar 2 jam lena aku lantas di ganggu! tapi tidak mengapalah! aku teruskan hidup sebagai cabaran! :)

Tuesday, August 17

mereka itu lebih hina dari segala cacian,lebih hebat dari iblis! aku sedih,bayi itu perlukan kehidupan,bukan kematiaan sadis!


punyai segelintir manusia makin lebih teruk dari zaman jahiliah.apakah yang mereka inginkan,semakin aku tidak mengerti.bayi itu masih kecil,dunia jua belum dilihat,tapi kau si durjana,lebih hina dari anjing,lebih hebat dari iblis.tahniah,kau mencari nama terus di wakaf neraka.aku tidak terlalu mulia,tapi aku jua manusia mahukan perikemanusian,kehidupan.mengapa perlu dibunuh bayi yang masih tidak kenal erti dosa dan pahala,mengapa perlu dihina bayi yang dikandung dan dibenih oleh kamu wahai si durjana.simpati pada si kecil,sifat sempurna,namun si kantung dan si semai punyai otak lebih bodoh dari lembu,lebih pintar dosanya dari si iblis lakhnatullah! tahulah engkau wahai manusia durjana,tiada seinci tanah akan melindungi kamu waktu mati,tiada si bayi menghulur tangan bila kamu terjunam jauh kedalam syurga iblis,hanya yang pasti,nama kamu wahai durjana,sudah terpahat sebagai sahabat iblis yang termasyur,bahagiakah kamu? fikirkanlah!

p/s:: selamatkanlah bayi yang tidak berdosa berterusan dibunuh oleh mereka yang bodoh akal dan akhlaknya! semoga mereka sempat bertaubat! aku sedih melihat bayi itu mati sedemikian mereka,kerana bukan itu tempat mereka,tempat mereka adalah di syurga kasih dan sayang,seeloknya kau pelihara bayi itu utk jadi insan yang lebih baik dari kesilapan engkau wahai durjana!
ya Allah,aku mohon,peliharalah bayi yang teraniyai.ameen.

Saturday, August 14

si sepet bertanya tentang kita,puasa itu ada hikmahnya,bukan menyeksakan,dan islam itu indah,percayalah wahai "si sepet" (:

tadi sedang sibok aku dan babygurl serta olamdo mencari laptop di alam sentral,aku melabuhkan punggung di kedai kecil di pinggiran kaki foyer shopping mall alam sentral,macam biasa di kedai HP,orang yg koyak macam aku ni hanya mampu melihat dan menyibok tentang harga2 bagi hp latest sekarang nie,tauke tu berbangsa cina malaysia yang aku gelar serta merta si sepet,dah sebok berdialog tentang harga hp maka bermulalah cerita yang ingin aku ceritakan..dan ada sesuatu peristiwa yang membuat aku tersenyum dan terfikir.. (:

apek:: kawan,u sama itu amoikah dalam kedai? mau beli laptop?
aku:: aah, takdelah,itu amoi ngah carik ayam pencen wat masak rendang sambil aku berjenaka (ketawa)..sudah tentulah mau cari laptop kawan..lantas aku hulurkan senyuman bg si sepet.
apek:: haiyaa lu kawan,kena saya,.(ketawa secara duet)..
>>panjang lagy aku borak ngan dia tapi aku pendekanlah yerk...
apekk:: waa..melayu manyak susah kan kawan..
aku:: asal lak?
apek:: yala..u macam2 tara boleh bikin..
aku:: bikin ape? kasi cita la sama saya.
apek:: jangan marah ha kawan,yala..melayu tara manyak leh biikin,itu tak boleh,ini tara boleh,cam saya apa pun boleh,sekarang ni u pulak kene puasa,seksa lorh.
aku:: (dalam hati ada sedikit panas tapi layan dulu elok2) kawan,melayu agama adalah islam,tuhan kata itu tara boleh,ini tara boleh,ada sebab,contoh judi,kalau kalah manyak kecoh meh.hutang manyak,untung tara.
apek:: saya manyak untung apa.
aku:: u selalo untung ka kawan? itu kalo untung,kalo rugi u apa bikin? botak sudah kepala.
apek:: itu saya tahu.
aku:: tau pun,haiyaaa...ni lagy satu,itu melayu puasa bukan seksa maa,tuhan sudah bikin u makan 11 bulan.sebulan can not meh? sebulan u puasa,itu time la segala sistem badan akan jadi elok meh.penghadaman proses sistem usus akan jadi cun balik,u tak caya u pergi cari cikgu sains u,tanya betoi tara betoi.
apek:: angguk tanda tidak membantah.yaka,sorry la kawan,saya tanya jer maa.nasib u tara marah(senyum) itu melayu ja ka puasa? puasa makan lembu tak? saya tak makan lembu,lembu tuhan saya aa,saya buddha punya tuhan.
aku:: watpe mau marah,u tanya sama saya,bukan pukul sama saya jugak,kan.bukan melayu saja puasa,tp orang islam berpuasa,melayu adalah bangsa cam u,bangsa cina,ada jugak bangsa cina yg masuk islam,dorang pun puasa maa.kita ada kepercayaan dan pegangan masing2,sudah cukup harmoni lorh.kan.
>> masing tersenyum,lantas si sepet menukar topik dengan bagi idea2 logik utk cari laptop,tu pasal la bila mygurl dan olam mintak kata putus dari aku,aku slumber yakin,sebab aku ngan si sepet da search dulu dalam internet,hahaha..apa2 pun,meski mereka berlainan agama dan fahaman,mereka tak boleh dipersalahkan bila mereka mula bertanya demikian,mereka tidak mengerti agama kita,aku pun tidaklah sealim mana,tapi masih bolehlah bersoal jawab,yang tak pasti aku harap mereka dan aku rujuk pada mereka yang lebih arif seperti golongan alim ulamak dan ustaz2 yang bertauliah dan adil serta saksama..amin..maaf,aku bukan nak tunjuk hebat dan bijak,hanya melaksanakan tugas sebagai hamba DIA yang satu..ALLAH S.W.T..amin.harap dikongsi sebagai ikhtibar.harapnya..dan ku harap semoga2an si sepet mendapat melihat keindahan islam di mata nya yang sepet2 cina itu hendaknya..amin.salam...

CQ 42 - 102 TU is belong`s to her~

salam blogger....saje jer kali ni entry pasal laptop hehehe CQ42 - 102 TU,model Compaq,2gb DDR3,320 HDD,dual core duo menjadi milik sah si rama2 ku@ my babygurl.. (: pencarian dari jam 3.30 ptg ramadhan ke-2 hingga ke waktu perdana berbuka agak memenatkan tp akhir sekali agak memuaskan...berteman sekali bersama sahabat handai olamdo(shahir) juga didahului trimas beb!...harga asal RM1588 after plus2 harga windows original maka ia berharga RM1770 after nego2,accessory pun agak ok berbanding kedai2 lain.berlokasi di plaza alam sentral,tidak di low yatt sebab first jalan maseh pening,dan jalan highway tak usah di bilang,panjang bapak giler2,ramai yg keluar awal utk persedian berbuka puasa,serentak,maka menjadi drama yg biasa sewaktu ramadhan KL dan Selangor jalan bersapu jem dan berinti asap berkepol dan masing2 berasak sambil perot berjamming,termasuk la aku,syukran masih berjaya mengawal(senyum)..selepas berbedaan harga berlangsung maka dengan lantas mencari tempat berbuka berhampiran(lupa nama kedai) dalam keadaan hujan2,fuhh,..terasa di perantauan meski di kampong sendiri haks..kaki hampir lunyai dek berjalan,mata kuyup,tp puas..sebab aku berjaya membayarkan biarpun tu bukan duit aku,laki beb! ego kene ego sikit,hahaha.. (: apa2 pun,well done my gurl,hampir kecewa dgan vaio yg ternanti2 hingga hampir berbuih mulot,maka di ganti dengan compaq presario adalah agak lebih berbaloi...study rajen2 and take care kaseh...dan senyuman puas itu membuat aku rasa terbayar oleh kepayahan dan kesabarannya..daa... (mimpi sambil berdansa bersama presario! kompom!)

my music


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com