aKu aDaLah bULat

aKu aDaLah bULat

teRopoNg gOOgLe

Powered By Blogger

Wednesday, August 18




insominia-kesukaran lena pada waktu malam~


kesakitan

sedang aku dua minggu berlalu,aku hadapi kesukaran utk lena pada waktu malam hari hingga ke awal pagi hari,keletihan,kelesuan,tapi kurang kemurungan melainkan waktu tidur siang aku di ganggu,kesakitan kepala menghurung kehidupan seharian,stress itu sering aku berlawan utk mengekalkan kesihatan aku di kala ramadhan utk dihadapi.sentiasa mencuba mengelakkan diri dari berfikiran negatif dan positif,hanya moderate,kerana jika dua itu menyelubungi fikiran aku,makin aku keletihan,keminatan utk berfikir tika lapang menyinggah dalam waktu membuat aku terasa lemah kerana sedangkan mahu tidur ada sahaja yang singgah memberi salam utk difikirkan,tidak tahu cara utk mengosongkan fikiran ini,mungkin ini sebab aku sudah sukar utk tidur malam,pantang aku mendengar bunyi yang bingit,yang mampu mengganggu fikiran aku,emosi aku. pagi tadi aku cuba kan diri utk search something dalam jaringan,lantas jari aku menaip "kesukaran tidur malam"..search match! insomnia! itu saja entry yang banyak keluar hingga page ke-3 google search.makin aku pening.hal ini penah berlaku pada aku dan juga sahabat aku waktu sesi pengangguran setahun dan 4 tahun yang lepas,apabila kami menghadapi kegagalan utk tidur malam hari dan rasa lesu hingga membawa sikap tidur di waktu siang,.hingga akhir sekali bila dikaji sendiri adalah dari sebab terlalu banyak memikirkan sesuatu yang amat penting utk hidup hingga yang hal kecil di abaikan makin mengusutkan fikiran dan kehidupan.tapi ia berlarut hanya 3 minggu! aku harap yang kali ini juga begitu,kini sudah masuk dua minggu,ya tuhan,hanya engkau merasai kesakitan ini,dan juga aku,aku hanya mampu berdoa agar aku dapat menenangkan fikiran ini utk seketika waktu,


waktu selalu aku detik

aku bukanlah perdana menteri utk memikirkan tentang hal fail negara yang bertimbun,namun ia adalah tentang kehidupan sekeliling aku yang ada kene mengena dengan hidup aku.hanya itu satu ku pinta,harap ini akan berakhir,punyai sedikit perbedaan dulu dan kini,dulu aku tiada blog mahupun jaringan utk aku mengisi masa lapang,tapi kini ada dan masalah ini mungkin akan lebih terok jika aku khayal dalam melayani kesakitan ini..
ya tuhan,dari engkau aku hadir,pada engkau jua aku berserah,.amin..
aku mengambil langkah sendiri sedikit demi sedikit,aku kurangkan diri dari heavy thinking,jika sesuatu yang serius akan aku putar menjadi jenaka bangang barangkali,itu hanyalah utk aku melarikan fikiran aku utk sementara waktu,aku mengambil langkah berdiam diri tika di bebel,aku x mahu bertekak! aku sakit,aku pening.sila kurangkan bertanya berulangkali dan apa aku buat,kerna itu bisa membuat aku marah sedangkan aku tiada niat.maaf kalian.maaf jua ku tuju utk diriku ini.tabahkanlah diri.aku pasti berjaya!! amin.


nothing to think make me sick,and thinking make me sick!
p/s:: mungkin juga aku fikir memory aku da overload,hehehe..okey,aku nak pergi kelas.mata masih sengkang,tapi ngantokan itu menyelubungi,kerna malam tadi hanya sekitar 2 jam lena aku lantas di ganggu! tapi tidak mengapalah! aku teruskan hidup sebagai cabaran! :)

Tuesday, August 17

mereka itu lebih hina dari segala cacian,lebih hebat dari iblis! aku sedih,bayi itu perlukan kehidupan,bukan kematiaan sadis!


punyai segelintir manusia makin lebih teruk dari zaman jahiliah.apakah yang mereka inginkan,semakin aku tidak mengerti.bayi itu masih kecil,dunia jua belum dilihat,tapi kau si durjana,lebih hina dari anjing,lebih hebat dari iblis.tahniah,kau mencari nama terus di wakaf neraka.aku tidak terlalu mulia,tapi aku jua manusia mahukan perikemanusian,kehidupan.mengapa perlu dibunuh bayi yang masih tidak kenal erti dosa dan pahala,mengapa perlu dihina bayi yang dikandung dan dibenih oleh kamu wahai si durjana.simpati pada si kecil,sifat sempurna,namun si kantung dan si semai punyai otak lebih bodoh dari lembu,lebih pintar dosanya dari si iblis lakhnatullah! tahulah engkau wahai manusia durjana,tiada seinci tanah akan melindungi kamu waktu mati,tiada si bayi menghulur tangan bila kamu terjunam jauh kedalam syurga iblis,hanya yang pasti,nama kamu wahai durjana,sudah terpahat sebagai sahabat iblis yang termasyur,bahagiakah kamu? fikirkanlah!

p/s:: selamatkanlah bayi yang tidak berdosa berterusan dibunuh oleh mereka yang bodoh akal dan akhlaknya! semoga mereka sempat bertaubat! aku sedih melihat bayi itu mati sedemikian mereka,kerana bukan itu tempat mereka,tempat mereka adalah di syurga kasih dan sayang,seeloknya kau pelihara bayi itu utk jadi insan yang lebih baik dari kesilapan engkau wahai durjana!
ya Allah,aku mohon,peliharalah bayi yang teraniyai.ameen.

Saturday, August 14

si sepet bertanya tentang kita,puasa itu ada hikmahnya,bukan menyeksakan,dan islam itu indah,percayalah wahai "si sepet" (:

tadi sedang sibok aku dan babygurl serta olamdo mencari laptop di alam sentral,aku melabuhkan punggung di kedai kecil di pinggiran kaki foyer shopping mall alam sentral,macam biasa di kedai HP,orang yg koyak macam aku ni hanya mampu melihat dan menyibok tentang harga2 bagi hp latest sekarang nie,tauke tu berbangsa cina malaysia yang aku gelar serta merta si sepet,dah sebok berdialog tentang harga hp maka bermulalah cerita yang ingin aku ceritakan..dan ada sesuatu peristiwa yang membuat aku tersenyum dan terfikir.. (:

apek:: kawan,u sama itu amoikah dalam kedai? mau beli laptop?
aku:: aah, takdelah,itu amoi ngah carik ayam pencen wat masak rendang sambil aku berjenaka (ketawa)..sudah tentulah mau cari laptop kawan..lantas aku hulurkan senyuman bg si sepet.
apek:: haiyaa lu kawan,kena saya,.(ketawa secara duet)..
>>panjang lagy aku borak ngan dia tapi aku pendekanlah yerk...
apekk:: waa..melayu manyak susah kan kawan..
aku:: asal lak?
apek:: yala..u macam2 tara boleh bikin..
aku:: bikin ape? kasi cita la sama saya.
apek:: jangan marah ha kawan,yala..melayu tara manyak leh biikin,itu tak boleh,ini tara boleh,cam saya apa pun boleh,sekarang ni u pulak kene puasa,seksa lorh.
aku:: (dalam hati ada sedikit panas tapi layan dulu elok2) kawan,melayu agama adalah islam,tuhan kata itu tara boleh,ini tara boleh,ada sebab,contoh judi,kalau kalah manyak kecoh meh.hutang manyak,untung tara.
apek:: saya manyak untung apa.
aku:: u selalo untung ka kawan? itu kalo untung,kalo rugi u apa bikin? botak sudah kepala.
apek:: itu saya tahu.
aku:: tau pun,haiyaaa...ni lagy satu,itu melayu puasa bukan seksa maa,tuhan sudah bikin u makan 11 bulan.sebulan can not meh? sebulan u puasa,itu time la segala sistem badan akan jadi elok meh.penghadaman proses sistem usus akan jadi cun balik,u tak caya u pergi cari cikgu sains u,tanya betoi tara betoi.
apek:: angguk tanda tidak membantah.yaka,sorry la kawan,saya tanya jer maa.nasib u tara marah(senyum) itu melayu ja ka puasa? puasa makan lembu tak? saya tak makan lembu,lembu tuhan saya aa,saya buddha punya tuhan.
aku:: watpe mau marah,u tanya sama saya,bukan pukul sama saya jugak,kan.bukan melayu saja puasa,tp orang islam berpuasa,melayu adalah bangsa cam u,bangsa cina,ada jugak bangsa cina yg masuk islam,dorang pun puasa maa.kita ada kepercayaan dan pegangan masing2,sudah cukup harmoni lorh.kan.
>> masing tersenyum,lantas si sepet menukar topik dengan bagi idea2 logik utk cari laptop,tu pasal la bila mygurl dan olam mintak kata putus dari aku,aku slumber yakin,sebab aku ngan si sepet da search dulu dalam internet,hahaha..apa2 pun,meski mereka berlainan agama dan fahaman,mereka tak boleh dipersalahkan bila mereka mula bertanya demikian,mereka tidak mengerti agama kita,aku pun tidaklah sealim mana,tapi masih bolehlah bersoal jawab,yang tak pasti aku harap mereka dan aku rujuk pada mereka yang lebih arif seperti golongan alim ulamak dan ustaz2 yang bertauliah dan adil serta saksama..amin..maaf,aku bukan nak tunjuk hebat dan bijak,hanya melaksanakan tugas sebagai hamba DIA yang satu..ALLAH S.W.T..amin.harap dikongsi sebagai ikhtibar.harapnya..dan ku harap semoga2an si sepet mendapat melihat keindahan islam di mata nya yang sepet2 cina itu hendaknya..amin.salam...

CQ 42 - 102 TU is belong`s to her~

salam blogger....saje jer kali ni entry pasal laptop hehehe CQ42 - 102 TU,model Compaq,2gb DDR3,320 HDD,dual core duo menjadi milik sah si rama2 ku@ my babygurl.. (: pencarian dari jam 3.30 ptg ramadhan ke-2 hingga ke waktu perdana berbuka agak memenatkan tp akhir sekali agak memuaskan...berteman sekali bersama sahabat handai olamdo(shahir) juga didahului trimas beb!...harga asal RM1588 after plus2 harga windows original maka ia berharga RM1770 after nego2,accessory pun agak ok berbanding kedai2 lain.berlokasi di plaza alam sentral,tidak di low yatt sebab first jalan maseh pening,dan jalan highway tak usah di bilang,panjang bapak giler2,ramai yg keluar awal utk persedian berbuka puasa,serentak,maka menjadi drama yg biasa sewaktu ramadhan KL dan Selangor jalan bersapu jem dan berinti asap berkepol dan masing2 berasak sambil perot berjamming,termasuk la aku,syukran masih berjaya mengawal(senyum)..selepas berbedaan harga berlangsung maka dengan lantas mencari tempat berbuka berhampiran(lupa nama kedai) dalam keadaan hujan2,fuhh,..terasa di perantauan meski di kampong sendiri haks..kaki hampir lunyai dek berjalan,mata kuyup,tp puas..sebab aku berjaya membayarkan biarpun tu bukan duit aku,laki beb! ego kene ego sikit,hahaha.. (: apa2 pun,well done my gurl,hampir kecewa dgan vaio yg ternanti2 hingga hampir berbuih mulot,maka di ganti dengan compaq presario adalah agak lebih berbaloi...study rajen2 and take care kaseh...dan senyuman puas itu membuat aku rasa terbayar oleh kepayahan dan kesabarannya..daa... (mimpi sambil berdansa bersama presario! kompom!)

Wednesday, August 11











~jaLan sAna-Situ geNtiNg hIgHLanD~my claSSmate~

hye :D sajer ptg2 nk berbuka puasa nie tataw nak buat apa,maka lantas tangan ini memetik keyboard menghilangkan bosan dan sedikit kelaparan di bahagian perot(ketawa kecil).. bulan julai lalu aku dan member2 ade la pergi jalan2,suka2,orang kata sambil belajar sambil makan angin2 santai..mula planning mahu pergi ke singapore,dan 2nd planning pulak ke pulau pinang,dan kerana ada beberapa hal yg boleh dikonsider utk keseronokan,maka last decision adalah genting highland yg aku juga sudah pergi agak berulang kali seriously, ;) tapi aku layan kan jugak la..tiada masalah besar bagi aku.. hehehe..gerak dari shah alam jam 8.30 pagi dan balik ke shah alam semula jam 6.30 ptg dari tanah tinggi genting highland dan sampai ke rumah tepat jam 8.10 mlm waktu yg tertera di jam tangan aku juga di dashboard kereta sang kecil si joe adalah jam 8.15 malam :)..seronok sebab pergi dgn member2 kelas yg masuk air sikit mental2 mereka..hehehe...so aku akan selitkan antara gambar2 yg kami di sana sbgai entry aku kali ini.. :) daaa,..
masa itu makin mencemburui hidup tatkala aku semakin dewasa,benarkah?

mungkin benar kata2 ku,semakin kita usia dewasa,maka makin masa suntuk utk segala2nya..teringat tatkala aku masih kecil dan tapak tangan juga masih mampu utk dinasukan kedalam lubang kecil dan kini usahkan kata lubang di tanah,lubang hidung di cucuk pun terasa sengalnya(ketawa berbahak2) waktu kecil kita akan selalu berlari kencang tanpa ada had hala tuju,hingga pekikan gagasan tua yg hinggap di telingga aku dengan kata2 "usah! jatuh nanti!" "hati2!" korang nie x letih ker! x reti tido? aman sikit dunia" waktu kecil tidak kita endahkan pekikan itu semua dan kini usai aku meningkat dewasa,bagai pewaris generasi aku pulak terasa spt mana lakukan itu,lantas ketawa kecil,.tapi...itu tika kecil yg tiada aku kenal apakah waktu untukku,yg pasti permainan dan bermain akan berlegar di jenak fikiran,hanya tidur dapat memisahkan si kecil bersama alamnya...


"tika aku di genting,menghilangkan diri dari kesibokan kota"

bila aku kini makin dewasa,segala tulang belulang tumbuh mekar dalam bajaan tubuh dewasa,dan ada juga yg perot maju kehadapan,ada juga mata sudah bergelar si rabun kehidupan,sudah bergelar pelajar yg bakal membawa bangsa ke arah kemajuan,aku juga terduduk,memikirkan masa kemanakah engkau pergi,bagaikan tidak penah ada masa utk ku bernafas,yg sempat hanyalah melelapkan mata yg keletihan,pelbagai urusan perlu di segerai,ada terlalu banyak hal kehidupan dan realiti harus difikirkan serta utk aku lalui,wargghhh...sudah mula mengenal rapat dengan perkataan "serabut giler"..ada waktu aku tewas,ada waktu aku menang mengalahkan segala waktu,namun ada masa spt aku di awangan,menanti segala jawapan utk waktu..kemanakah waktu itu menghilang,bagai 24-hours bukanlah putaran sebenar,adakala hidupku di waktu malam,adakala waktu ku kesiangan,adakala waktu aku adaklah siang dan malam..namun aku bukan mengeluh,cuma,aku bangga..inilah erti kedewasaan,mana kita perlu bahagia dua,tiga,empat malahan tidak mampu utk aku membahagi,malahan terpaksa utk mendarab pula,aduh..itu cabaran utk membuat aku matang dalam kehidupan,fikiran dan pandangan,..:) aku bahagia hadapi meski aku hadapi dalam keserabutan,kerana itu adalah aku pilih,tidak mahu benarkan fikiran ini kosong tanpa ada sehabuk tanpa fikiran,dan ia akan usang dimamah kekalutan..hidup dengan riang,masih mampu tersenyum,berjenaka,bersalam,belajar,bercinta,bersahabat,dan yang paling aku hargai adalah..dalam kekalutan itu,aku mampu punyai masa demi orang tuaku,biarpun tidak terlalu berceloteh,tapi aku tahu,mereka senag aku berlegar dihadapan mereka..tika saat keluarga aku berkumpul,masih ada masa utk mereka....syukran,antara keluarga,gadis tercinta,sahabat,mereka menghormati & menghargai masa aku utk mereka..:) "sekadar nurkilan dari fikiran usang pujangga" hehehe...daaa.... (:

my music


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com