aKu aDaLah bULat

aKu aDaLah bULat

teRopoNg gOOgLe

Powered By Blogger

Monday, February 14

bila kita berbudi mereka akan berbahasa,bila kita menghormati mereka akan beradab :) suka kan? heehee..
Maulidur Rasul :)

sempena Maulidur Rasul kali ini, buLat@ciRcle mahu berkongsi serba sedikit tentang perihal peristiwa sejarah Maulidur Rasul dan maknaya serba sedikit sebagai info dan yang setakat tahu melalui kajian di jaringan. :)

Maulidur Rasul atau dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) . Baginda adalah nabi utusan yang terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


Nota kaki :

** info ini di ambil dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasul

**kurang dan terlebih pohon maaf.

** salam Maulidur Rasul.



Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432 Masihi :)
salam maulidur rasul dari buLat@ciRcle! dalam kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut maulidur rasul 1432 masihi kepada semua umat islam yang menyambutnya,mengAgungkan pemerintah sepanjang zaman iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan pemerintah terunggul sepanjang zaman dan sebagai contoh modal insan terbaik manusia bertamadun sepanjang zaman selama-lamanya. :)

Nota kaki :
** sambutlah dengat selawat ke atas beliau.
** selepas waktu maghrib bermakna sudah hari baru.
** bermakna abaikan lah Valentine day yang takda faedah.
** terima kasih.

Sunday, February 13



HAPPY BIRTHDAY TO MY BLOG ~2 Years~

Pada tanggal 12 february 2009, adalah hari dimana blog buLaT2 kiTa di lahirkan. heehee..
jadi hari ini maka genaplah sudah blog ini berumur 2 tahun 1 hari persamaan 13 hb februari 2011 :)
Sesudah itu aku cuba memperbaharui blog aku sendiri ni setelah sekian lama aku kadang- kadang2 buka,adalah 2 atau 3 entry sebulan tu,tu pun sebab aku dah tahap boring dan kadang-kadang dapat internet, sebab selama ni intranet sahaja
(bermakna tiada internet kat rumah aku) heehee...
So dengan rasminya hari ini aku menukar nama blog ini sebagai buLat@ciRcle!. kenapa aku pilih nama ni? entah,sebab tetiba rasa aku nak pakai nama? sebab dua-dua maksud sama, kot melayu baca Oh bulat, kot mat saleh baca Oh Circle. kan senang. :D so, selamat hari jadilah wahai blog aku! buLat@ciRcle!


happy birthday to you,

happy birthday to you
happy birthday to you

happy birthday to buLat@ciRcle!

nota kaki :
** lama juga blog aku ni bertahan kihkihkih
** ingin cuba sesuatu yang menarik untuk dibaca diri sendiri dan sesiapa saja lah!
** happy birthday!! :) sesiapa yang mahu salurkan hadiah sila beri pada tuan nya. heehee.

berbicara buruk tentang siapa pun, kecuali diri mereka sendiri, lebih buruk dari semua cerita. kasihan bagi orang sebegini. :)


jika kamu melihat status di dalam muka buku bernada sebegini ;
"talk bad about anyone, except themselves, worse than all the stories. pity for those people kind of this. :)"
yang bermaksud berbicara buruk tentang siapa pun, kecuali diri mereka sendiri, lebih buruk dari semua cerita. kasihan bagi orang semacam ini. :) heeehee...
sebenarnya apa yang aku nak ceritakan di sini bukan mahu memburukan sesiapa mahupun membuka keaiban seseorang, tapi ia juga untuk diri sendiri.
kadang-kadang aku melihat pendustaan berlaku dihadapan aku dan tatkala aku juga ada dihadapan mereka, segala perihal buruk aku di sebut, dan kebenaran kata-kata indah mereka 1/10 mengikut skala bumi jika nak di ambil kira, mereka menceritakan segala keburukan yang mereka tidak nampak dan menuduh secara melulu,apakah yang menghasut pemikiran manusia ini untuk berlaku sedemikian rupa aku pun kurang fasih.

"kehidupan yang berwarna"
bila aku membuka suatu kisah untuk mereka maka mereka terdiam,kerana memegang benar itu mereka lakukan,maka terbangkitlah segala kata-kata buruk dan fitnah yang tah dari mana lahirnya dari fikiran dan buah mulut mereka.
hanya kerana mereka mahu menegakan benang yang sudah basah,bagi melitupi segala salji kesalahan kata-kata dan tuduhan mereka yang tanpa ada batu asas itu dan menjadikan aku tempat untuk mereka melemparkan hobi mereka iaitu menceritakan keburukan seseorang bagi yang lain melihat mereka adalah yang terbaik dari yang terbaik pernah ada.
mereka tanpa perlu berkira tentang hati dan perasaan seseorang asalkan hati mereka puas berkata. dan mereka menang. :)
tapi sayang, mereka menang bersama nafsu! :) kasihan kan? hingga ada yang mula menimbulkan segala cerita bagi membuatkan yang kita ini terlalu terhutang budi pada mereka. walhal,budi yang kita lakukan tidak sikit mereka ucapkan tanpa kita berkira. terlalu sedih jika kamu di tempat aku ketika itu. Mereka mengajar aku tentang kesabaran,mereka menasihati aku tentang kehidupan,mereka mengajar aku tentang kejayaan,dan mereka juga ingin hancurkan segalanya semangat dan inspirasi. sedihkan.
tapi usah kita lupa, yang kita masih ada yang membantu dan mendengar, iaitu Dia yang maha Esa,sekiranya kita berusaha,Dia tidak akan mungkir janji untuk membalas. Dan aku mempelajari sesuatu dari kisah ini yang dari dahulu aku praktik dalam kehidupan sunyi.

"jika kita berbuat kasih dan budi,usah terlalu mengharapkan balasan dari sesama manusia,kerana mereka sering memungkiri. Tapi jika kita mengharap balasan dari Dia,sudah pasti dia tidak memungkiri,segala isi janji"



mudahkan kehidupan? ya! :)

moral of story :
** doakan mereka agar berubah.
** doakan kejayaan hidup mereka.
** usah bersedih kerna kita berteman.
** :) senyum selalu.


Wednesday, February 9



apa berlaku ketika fikiran sedang bermain "roller coaster". serabut!

hye serabut! heehee..aku dah lama x update sangat blog aku sendiri. nak conteng kat dinding jalanan nanti MBSA duk saman2 aku. Mane lah aku nak cari duit nak bayo. ni je la tempat aku nak berpena mata kekunci!
ya! kepala serabut macam ada roller coaster yang duk hinggap dalam lilitan urat saraf tunjang otak aku masa ini! haa. aku pun dah naik serabut. Macam2 hal aku sedang fikir. Ade ke laut, ade ke sungai, ade ke muara, ke semak samun pun ada.Aarghh. serabut senang cerita! apa yang aku fikir biarlah hinggap senyap dalam otak dari terus membebel dalam alam nyata! tapi aku tak serabut benda merapu,tapi adalah sesuatu. :D heehee.. nak tau macam mana tahap serabut cipan otak aku skang ni? nah tengok kat gambar ni. --->
"kan serabut"

moral of today ::
** nak berjaya, apa yang berlaku hadapi dengan senyuman.
** kalau dah separuh jalan,hantam saja sampai ke atas.
** jangan serabutkan lagi benda yang sedang serabut,nanti kelibut.
** tawakal kan penting selepas usaha. kan. heeee.

Saturday, January 29

kerana pangkat dan penghormatan,mereka berdabik dada,berbeza berpura dan ikhlas,mereka berdusta!

hari ini apa aku ingin katakan,jangan kerana engkau manusia yang lebih tua dari yang lain hanya engkau perlu di hormati,kerana engkau juga manusia,aku juga manusia,mereka yang lain juga manusia,usah engkau berdabik dada melakukan kebaikan,kerana di belakang kau masih ada banyak yang mereka lakukan,lebih mulia dari apa yang kau lakukan engkau. dan kalau kau berkata tentang erti pengorbanan, malu lah sendiri untuk berbuat demikian,kerana engkau sudah dikira sebagai manusia sombong dan berkira. mereka tahu untuk membalas,tapi tunggu masa dan ketika. jika engkau hanya berdabik berkata kebaikan,doakan sahaja tuhan yang memberkati,bukan lah manusia,kerana hati manusia sering bertukar-tukar deria dan rasa. ingat itu wahai mereka dan juga aku. :) engkau dan aku serupa,yang berbeza amalan kita. akal engkau dan aku sama,yang berbeza cara kita atasinya. yang pasti pada yang ESA kita akan kembali!
~nurkilan bulat~

Sunday, October 17

ILLUMINITI@FREEMASON, DAN AKU TERSENYUM. :)

salam sedara blog bulat2 kita..sebelum kamu yang sedang atau baru ingin memulakan bacaan dari entry yang ini perlu saya dahului bahawa entry kali ini adalah dari pendapat dan pesanan yang datang dari diri dan akal pemikiran saya serta dari pengalaman yang saya juga pernah lalui.peribadi. :) saya juga dapat memuatkan dari hanya pengetahuan saya yang terhad melalui pengetahuan saya yang terhad dalam bidang ini dan kebanyakkan isi dalam entry ini adalah dari apa yang saya faham dan mengerti dari bacaan saya sendiri melalui blog2 yang saya ikuti dan membaca segala penulisan mereka,dan saya tidak mengambil segala kepercayaan melainkan hadis dan sunnah yang sah oleh Rasul kesayangan kita. segala entry di blog mereka yang saya baca saya cuba fahami sendiri dalam keadaan masih terkawal kerana bersyukur alhamdulillah kerana kita semua dikurniakan akal oleh DIA dan alhamdulillah saya juga mampu menggunakannya. :)

illuminiti atau lebih mudah untuk kita fahami dengan perkataan freemason yang diwujudkan oleh mereka yang bersengkokol bersama-sama yahudi untuk menjatuhkan keislaman yang ada dalam muka bumi ini. Mereka juga terkenal dengan perjalanan rahsia dalam menjalankan segala perancangan yang terancang dan meluas untuk melunaskan perancangan mereka yang sudah tentu hina dan terkutuk dari kaca mata Islam dan sifat kemanusaian. Tetapi entry kali ini bukanlah untuk saya menceritakan apakah itu freemason dan mengapakah kewujudan freemason atau illuminit ini terbina dan mengapakah itu perancangan mereka. Apa yang saya ingin sampaikan dalam entry kali ini adalah lebih kepada penghayatan nasihat untuk kalian semua serta pandangan. kemungkinan ada yanng pelik bagi yang pernah membaca entry kali ini kerana kebiasaan saya akan menggunakan bahasa "aku" tapi kali ini adalah "saya"..ini adalah kerana waktu sebegini saya lebih menggunakan saya.heehee.

apa yang saya ingin uarkan di entry kali ini adalah mengapakah kita kini sedang sibuk mencari dan mengkaji apakah illuminit dan freemason ini secara meluas dan hampir kesemua remaja dan malahan golongan kecil juga sudah mula mengkaji. Pengkajian adalah sesuatu yang bijak dan bagus tetapi mengapakah hal ini yang lebih menarik mereka untuk dikaji walhal masih ada sesuatu yang pasti lebih indah untuk dikaji. :) apa yang saya maksudkan disini adalah selepas sebuah video yang kini sedang hangat diceritakan dikalangan kita tentang video manusia hujung zaman. apabila kita mula mengatakan tentang illuminiti kita juga sedang menonton tentang kajian mereka mengenai kehadiran dajjal di akhir zaman dan lebih menggerunkan apabila sudah ada mula predict mengenai waktu bilakah kiamat akan datang. relevan kah ini? kamu sendiri tanya pada diri sendiri. dan lebih menakutkan adalah semakin ramai yang mula ingin mengkaji tentang ini. Apa yang sedang saya katakan bukanlah menghalang mereka untuk mengkaji freemason tetapi lebih kepada apakah kesan pada mereka nanti sekiranya mereka lalai dalam hal ini,mampukah kita untuk mengawalnya nanti dihujung kajian? itu yang saya khuatiri.

Baiklah,saya sudah pun melihat video itu dan saya juga punyai pandangan positif dan negatif tentang itu. pembikin video itu adalah boleh juga dikatakan terbaik kerana dia mengkaji hampir detail tentang ini tetapi harus saya ingatkan mengapa pembikin itu juga akhirnya menarik kembali serta memohon maaf dan menutup juga blog yang disayangnya adalah kerana sesuatu. yang pasti penulis dan pembikin blog itu sudah nampak dan melihat kesan disebaliknya bagi mereka yang menonton. Kesan yang baik adalah apabila usai menonton mereka mula membuat andaian sendiri dan kadangkala sudah bercampur aduk hujah2 mereka dan makin membimbangkan pemilik. dan akhirnya telah mengambil keputusan agar tidak mahu mengambil apa2 lagi perihal video ini dan mulakan pencarian baru serta kajian yang lebih indah bagi beliau.
http://me.leokid.my/dunia-akhir-zaman (sources)

dari apa yang saya ingin huraikan kepada mereka yang sudah mula atau sedang mengkaji perihal ini supaya jangan terlalu taksub tentang hal ini. saya juga tertarik kepada satu blog yang menyatakan pendapat dan nasihat kepada mereka yang mula ingin mencari tapak dalam hal illuminiti dan freemason ini. petikan ini di petik oleh saya dari komentar yang dihantar beliau melalui blog ini kepada salah seorang yang mengutarakan hajatnya untuk memulakan kajian tentang hal ini.

1. Kuatkan ilmu2 asas agama terutama aqidah sebelum kita meneruskan pengkajian. ini kerana kita juga akan mempelajari aqidah mereka yang sangat bertentangn dgn aqidah Islam.

2. Perkukuhkan ilmu2 berkaitan dengan hadith2 nabi s.a.w. Ini kerana, sebahgian besar yg saya lihat terlalu bersmngat utk mengkaji hal2 ini tetapi apabila berhujjah, dalil2 hadith yang digunakan tidak tepat dan banyak hdith yg digunakan dhaif bahkan maudhu'.

3. Elakkan terlalu obses apabila anda melakukan research mengenai hal2 ini. Ini untuk mengelakkan kita tidak mengaitkan seluruh yg 'nampak serupa'dengn agenda jahat mereka. seperti contoh "mencabut tikar getah hitam putih kerana ia seperti checkered floor yg diamalkan oleh puak freemasonry". Harap dapt memahami apa yg ingin sy smpaikan...

4. Rujuk dari sumber2 terpelajar seperti mereka yg benar2 mengkaji. dalam hal ini, saya mencadangkan beberapa orang untuk dijadikan rujukan:
a) Dr Sulaiman Noordin (sejarah pemikiran 1)
b) Ismail Omar (Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah) ASWJ.

5. Perkuatkan pengkajian mengenai hal2 berkaitan agama Islam sendiri. Sejauh mana Islam yang diamalkan secara turun termurun ini benar2 selari dengan apa yg ingin disampaikan oleh Al-Quran dan mengikut piawaian Rasulullah. Kajian ini mungkin meliputi apa yg orang kata sunnah, tetapi hakikatnya tidak, dan apa yg orang kata tidak tetapi hakikatnya ia Sunnah..

Semoga kita dpt hayati keseluruhan yg sy cuba bawa agar kita lebih berhati2 dlm mengkaji isu ini. sekian, wassalam.

http://jejakitinggalanrasul.blogspot.com/2010/06/mesej-bawah-sedar-world-cup-2010.html#more (sources)

komen ini ditulis oleh Mohd sufian talib (http://www.blogger.com/profile/16767418667710687227).

saya juga mengharapkan setelah membaca apa yang diatas dapat membuka minda pembaca mengapa saya sarankan untuk tidak kamu mula mengkaji terlebih dahulu tentang perihal illuminiti sebelum kamu usai mengkaji apakah itu Islam Dan Iman. Maaf sekali lagi saya ucapkan kerana saya bukanlah Alim dan ulama` untuk petah bermonolog tentang Islam Dan Iman, tapi cukup saya katakan itu adalah penting.

dahulunya saya juga di antara golongan yang amat meminati tentang perihal ini iaitu freemason atau illuminiti tapi dihujung cerita kisah ini,saya sudah mula jelak dengan illuminiti,dan saya juga pernah berhenti dari mengkaji yang bagi saya kurang berfaedah,dan syukur alhamdulillah saya sudah berhenti dari mengkaji hal itu kerana saya sudah mula mencari sumber-sumber yang lebih bermanfaat kepada saya dan merka yang lain. Keraguaan mula tersinar untuk berkata hal apa yang saya sudah berubah arah menukar hala tujuan saya. KLU yang mudah untuk saya katakan apa yang saya kini lebih tertarik untuk mengkaji dan membaca serta berfikir adalah "ISLAM ITU INDAH",semoga kamu sudah dapat memahami apa yang kini saya minat. Bukanlah saya ingin mengatakan untuk mengkaji Illuminiti adalah salah dan berdosa dan tak berfaedah,maaf,jangan kamu salah tafsir ya sahabat. tetapi lebih berfaedah jika kamu kaji tentang keindahan Islam itu sendiri dari sibuk perihal ahli illuminiti atau freemason ini sedang berusaha mengeluarkan dajjal bagi mereka menyembah sebagai ketua. Hal ini sudah awal kita ketahui dalam kitab Quran bahawa ya dajjal itu akan keluar suatu ketika nanti di akhir zaman dan akan mula pula munculnya imam mahdi sebagai ketua islam tika itu untuk memimpin Islam nanti,maka akan diturunkan juga Nabi Isa A.S untuk membunuh dajjal. Sudah tertera tepat dalam Quran tentang hal itu, dan yang mampu menyelamatkan kita nanti adalah Islam Dan Iman yang utuh kepada Allah S.W.T dan ajaranya.

Sedang sibuk kita risau tentang kumpulan ini,sedang sibuk kita takut kehadiran dajjal,sedang sibuk kita memikirkan kiamat semakin hampir dan sudah mula ada yang mula teori sendiri waktunya kiamat dan sebagainya. Adakah itu akan menfaatkan kita? tahukah kita tujuan illuminit? bagi pendapat saya sendiri bahawa kita sibuk mencari CARA mereka iaitu cara illuminiti sedangkan kadangkala kita juga sudah melihat dengan cara itu akan mampu melalaikan kita,itulah cara mereka. Kita sudah mula takutkan dajjal walhal kita perlu takutkan Allah,kita sudah mula fitnah berfitnah sesama sendiri sdangkan kita tahu fitnah itu slah satu yang Allah murka,kita sudah mula mengandaikan segala macam soalan yang datang dan mula kabur tentang soalan yang kamu sendiri cipta hingga kadangkala kamu bertanya kenapa dan mengapa? dan itu dikhuatiri akan menjadikan akidah kamu mula was2 dan itu adalah amat menakutkan semua orang.

sedarlah wahai sahabat,kamu akan sedar dari lena suatu hari nanti dan aku juga berdoa agar akan dapat aku hidayah seperti itu mogaan, tidakkah kamu terfikir perkara yang paling mudah tentang suatu soalan yang saya ingin tujukan ini.
" Mereka yang kini sudah mula memasuki Islam lebih hebat kajian mereka seraya dakwah mereka tentang Islam kepada semua sedangkan kita masih di takuk lama,dan kita yang bersyukur sejak lahir adalah Islam,bagaimanakah?"
ada masa saya juga takut untuk menjawab soalan saya sendiri dan terserah kepada sahabat untuk menjawab dan menilai. Yang buruk datang dari saya dan yang baik adalah dari yang Maha Esa. Allah S.W.T. Sekiranya ada kekurangan dari entry ini janganlah kamu terus memaki atau apa sahaja yang negatif tentang saya,sedangkan lebih indah jika kamu menasihati. Sebelum itu sekiranya kamu ingin mengambil entry ini sebagai rujukan bulat2 seeloknya tanya pendapat mereka yang lebih arif. Alhamdulillah. salam sayang saya pada khalifah sekalian. :)



**tetapi juga kepada mereka yang ingin juga teruskan usaha mereka untuk mengkaji illuminati dan freemason ini saya sarankan kamu kunjungi:

- http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/10/panduan-memahami-ilmu-teori-konspirasi.html

sebagai panduan kamu untuk memahami lebih terperinci kenapa saya tak terlalu sarankan untuk kamu mengkaji illuminiti atau freemason ini. tiada halangan untuk kamu,ini pilhan kamu.wallahualam.** :)

Wednesday, October 13

Medan berfikir tidak sama dengan medan berbicara :) Fahamkah kamu? Renungkan..

Monday, October 11

do you know why I always think big?

my friend asked, Aboy, why your dreams are so big?
I asked him, what do you mean?
u always think of something that would be great,
and I have a simple answer, (smile)

You must be thinking, so why not think big?
I like to think big. If you are thinking anything, you might as well think big,
and that how I thought I was practical to think big,
and always thinking how to make it real.
and one day, I believe, it will become a reality.
(Smiling)
always pray to Allah and try to do something to your idea must be true.


i will walking with something in my head is idea and something that i would be done one day and...today.. :)
and some of you will never know what i am just thinking about.
it is me,and..
Allah only know everything. :)

Friday, October 8

Aku, Bulat & Volkswagen.

Pada tanggal 21 julai 2010,jam 6.15 ptg yg hening tanpa burung berkicauan,sedang perjalanan pulang ke kg halaman setelah suai kelas ku yg agak menyeksakan hari itu,mata ku terkilas memandang “use car” yg terdampar di pergigian jalanan usang punyai penghuni sebuah motokar yg membuat aku terpaku! Kelihatan dari mata aku adalah berwarna biru yg kusap mmg kelihatan old skul beb, lantas aku terbulat kan mata apabila melihat harga yg mungkin x ade akal bagi aku,namun itu yg aku terlihat! RM 1969!

..Volkswagen biru kusap (tiada gambar di ambil) menjadi tarikan lirikan mata ku yg mampu menggoda si tua itu,menoleh tanpa ada niat utk ku hentikan motor Honda yg ku miliki jugak usang tidak sama dgn usia nya,tersenyum..kegemaran yg terhasut melalui dek sebuah komik UJANG yg berkepalakan

“aku,dia & Volkswagen”

..dlm terbuai dek lamunan motosikal ku yg ikhlas mengendong daku ke hulu kehilir hingga sudah tidak mampu menangis tu ,fikiran aku melayang memikirkan hal td,sudah mula utk menganalisi setiap sen yg mampu aku korek hingga kontang dlm akaun aku..wah..mungkin mampu,tapi balutan daun kertas sebagai kepolan asap dan Maggie goreng gak bakal aku telan di waktu 6 bulan nie..kihkihkih…arghhh…impian,persetankan saja makanan itu..mula berangan dan hanyut dlm dunia ku sendiri,dari mula tidak ku kenal apa itu warna cuba jugak aku utk meyakini diri bahwa itu warna bakal ku pilih,warna biru empraza,Subaru. Dlm khayalan terlintas utk ku jadikan Volkswagen itu kekasih ku yg ketiga! Yeah!!!!! Badan kamu disaluti warna tona yg indah! Lather seat yg ala2 berwarna puteh susu, steering yg bakal aku genggam adalah sebesar Dr.Bombay! lagu2 klasik jazz dan ska moden bakal berkumandang dlm corong2 radio Volkswagen aku! Berbaju kemeja kotak dan disenseng lengan nya,berkaca mata rayban,seluar Yankee ala2 60-an..(berangan) warghhhh…sudah terliur!

Namun impian ku kabur tika malam menjelma bila aku suarkan soalan kpda rakan bahwa harga utk sebuah klasik memory dan mereka terpana,kerana dr informasi mereka harga yg adalah sudah mencecahan puluhan ribu,lantas ketawa menyiringi sisipan telinga ku yg bolat ini,rupanya berharga RM11969! Deummmmm! Terasa muka terhempas oleh roller coaster goh tong! Dan lantas analisa diri menguasai diri,mungkin benar fakta mereka,nombor bukan dunia ku! Hahahahaha,,,

arrghh..

sekali lagi aku persetankan infomarsi itu,biar kewangan menghalangi aku & Volkswagen hari ini,suatu detik jua kita bakal bertemu! Meski di reality belom pasti! Chayook!! Aku,bulat & Volkswagen! Haikkk…hehehehehe…

malam ini sekali lagi aku melarikan mata dalam sesawang Mudah.my dan mula sahaja menaip volswagen dalam enjin carian maka ini yang aku ketemui!!!!

Volkswagen Beetle - Special Edition

RM28000! erghhh...hati aku mula mendebar tatkala mata melihat harga yang ditawar..berbaloi dengan segala bodykit yang agak menarik dipertontonkan disitu..tapi..manekah mampu untuk aku mencari wang sebegitu waktu belajar ni..nak saja aku call mamat tu mintak hold 3 tahun lagi boleh x???? (tersenyum) manakan mahu dia simpan sekiranya ada lagi pembeli yang sudah sedia menaruh harga dalam waktu terdekat..dan hanya mampu melihat dan miliki ia suatu hari nanti hendaknya..doakan sahaja aku punyai model ini dan bodykitt begini...bye2 beetle....(terharu)...semoga kita ketemu.... :D

Saturday, October 2

sometimes people make themselves look stupid and moron with using their words.

ini adalah coretan yang bukan dikawal oleh emosi kemarahan meski dari makian,tapi lebih pada pandagan pada mereka yang lebih berfikiran negatif tentang sesuatu! baru tadi aku "log in" ke mukabuku dan seperti biasa kita akan melihat news feed. maka terpampar status sebuah page yang menyatakan "

student sekarang dah naik gred...
baik-baik student dah jadik 'stupid'...
kalau nak berpolitik mesti-lah sokong kerajaan...
makan minum berak cebok semua kerajaan yang sediakan...
...nak apa lagi ? apa lagi yang tak puas hati ? bangang betol student sekarang ni...
(yang dok membangkang-lah...) "

ini aku dapat dari sebuah pages seorang pengguna mukabuku! ya,aku copy ayat status dia dan tiada yang aku tokok tambah dari segala macam ayat dan ini adalah datng dari jari maka yang terlintas dari akal fikiran dia.Maaf sebelum itu aku mahu nyatakan bahawa aku bukanlah dari parti politik samada hala kanan mahupun hala kiri,tapi aku dari parti rakyat yang celik dan mampu melihat parti manakah yang merosakan negara atau parti yang bakal membangunkan bangsa tidak kira mana-mana pihak. Aku bukan dari ahli politik mana-mana dan jika aku pengundi biarlah rahsia,aku mengundi siapa yang aku rasa pemimpin yang dapat menakluk negara dengan saksama dan mengikut syariat seboleh. mengikut kenyataan di atas adalah amat menduka citakan kerana ramai pelajar di Malaysia adalah Melayu dan manusia yang bertanggungjawab ini juga adalah Melayu sepastinya! adakah patut ayat itu yang terkelua melalui fikiran mereka yang terlalu fanatik tentang sebuah politik? Oh! ini amat memeranjatkan kerana mereka sepatutnya untuk menujukan sikap yang positif! Ya,aku sokong kerajaan Malaysia menghalang mahasiswa dan mahasiswi dari mengikut parti politik tapi kenapakah makhluk yang berstatus sebegini di mukabuku seperti di atas masih cetek dan buta matanya? bukan semua pelajar hanyut mengikut politik,sekiranya sokong yang ini dia pandai,sekiranya sokong yang itu "stupid" dilabel! benarkah? kamu pembaca lebih bijak memikirkan pada saya dari manusia seperti dia.sungguh menyedihkan.sungguh memalukan jika ini yang berlaku,apa yang aku mohon ubah lah sikap kepada pandangan positif. sekiranya aku berpeluang untuk bertanya pada dia, bukankah kamu juga dahulu digelar pelajar,dan kamu memangil diri kamu sendiri sebagai "stupid"..? manakah akal mereka yang di beri untuk melihat kebesaran tuhan dari memikirkan tentang hal ini.Tegakkahnlah pancang agama dari kamu berkata-kata kesat,tunjukanlah kewibawaaan kamu untuk mereka yang lain mengundi pada pemimpin yang profesional. Kerana makhluk seperti inilah kerajaan mendapat kata-kata sinis dan cacian.Dia sudah mengalahkan pihak yang bertanding sedangkan dia hanya diminta untuk bertanding kata di dalam bilik sudah pasti dan hanya menekan papan kekunci. Kadangkala dia lebih bodoh dilihat dari segala aspek. semoga dia terbuka minda untuk berubah hendaknya.amin..-kecewa dan amat memalukan-

Friday, September 24

~salam syawal di ufuk pagi~

Salam syawal untuk semua,di bulan mulia,berakhirnya sebuah bulan yang penuh kerahmatan ramadhan,terbit fajar ceria syawal dalam kilauan warna,ingin aku hulurkan sepasang tangan dan menghulur jabat salam berserta berbutir kemaafan kepada semua,sekiranya ada salah silap mohon ampun dipinta,andai ada kata tersilap bicara,sudikan kamu maafin aku tidak kira apa jua,segulung harapan agar menjelang syawal bahagia,semoga kamu memaafkan salah dan silap tutur kata dan adat beradab,hanya itu aku pinta untuk syawal kali ini.ya semua.salam sayang syawal di bulan mulia,mari kita lebaran baru.. :) selamat hari raya aidilfitri maaf zahir & batin tulus ikhlas dari hamba ~bulat2 kita@aboy@zulkefli sham kepada semua..sayang selalu semua.


selamat hari raya aidilfitri 2010


Tuesday, August 24

berjuta picisan doa dari hamba MU agar si dia kembali sembuh seperti sediakala,hidupkan dia dalam kejadian sempurna,agar kembali kesihatan dalam jiwa,diri dan semangatnya..amin!



sedang ramadhan datang menziarahi makhluk di bumi utk di uji keimanan & ketakwaan,
tika itu hadir segala ujian padanya, kelihatan pucat lesi dari bibir dan wajah tika dia memandang aku dengan seribu kelemahan utk berdiri,
bagaikan si rama-rama hanya mampu menghinggap di sebuah pohon menanti tumbuh kembali kekuatan sayap.
sang rama-rama sedang sakit menghadapi virus demam berlarutan,
umpama seorang puteri yang hilang permata,mencari hingga kepitaman,


"puteri kerinduan aku,si rama-rama ungu ezzah yang terlalu obses dengan rama2 berwarna ungu"

doaku pada Tuhan agar si rama-rama kembali sembuh,
kembali kuat,kembali tersenyum semula,

rindu pada senyuman si dia aku kepingan,

aku harap dia kembali sihat,sejahtera selamanya.
anggaplah ini dugaan dari maha Pencipta demi cinta pada hambanya,demi menguji keimanan dan kekuatan pada gantungan diri pada "YANG MAHA AGUNG".


**ku pinta doakan kesejahteraannya pada yang membaca.
** dia sedang berhadapan demam yang berlarutan mengakibatkan lemah sendi dan anggota badan.
**aku rindukan dia. kerisauan melanda :(
** maaf hanya picisan jiwang kala ini,kerna si dia.dan si kamu wahai pembaca.


sedang si buLaT petah berbicara itali,butuhkan "google translate" sebagai jurubahasanya! tergeliat lidah utk berpicisan romantika ti' amo :)

Al mio amore ,

buLaT ha detto ogni volta che chiudeva gli occhi, ha appena visto la bella vita, vuole solo una libertà nella sua vita e raggiungere l'armonia per sempre. yeah felice! quando il vero amore venire dentro alla tua anima, tenerlo come un valore che non possiamo aspettarci,



"saya cinta awak"

quando senti che l'amore è significativo, non dimenticare di dire "ti amo",Tu sei una stella...la mia stella,Sto cadendo nell'amore con voi,Non posso vivere senza voi,Il mio cuore è per voi,Gradisco voi di più e più,La mia stella brillante!,Ti amo con tutta l'anima,Mi manchi,Un milione di baci!


Saturday, August 21


*mari berdoa bersama buLaT2 kiTa*




Ù„َا Ø¥ِÙ„َٰÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا Ø£َÙ†ْتَ سُبْØ­َانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِÙ…ِينَ {87}


(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin) Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."
SURAH AL-ANBIYAK(21):87

jikalau kita rasa susah hati dan menghadapi kesusahan serta kepayahan, maka bacalah doa diatas ini. Dimana doa ini telah di ajar kepada nabi Yunus ketika beliau berada dalam perut ikan paus.Disamping itu kita jangan lupa berdoa dan mengharapkan pertolongan Allah. Zikir ini juga dapat mengukuhkan iman dan menimbulkan keinsafan di dalam diri kita.

Tatkala kita membacanya patut kita hayati sungguh-sungguh bahawa kita juga telah menzalimi diri kita seperti meninggalkan solat 5 waktu,melihat perkara yang di haramkan,menyusun kata yang kurang enak didengari,mengungkap kata yang memdihkan hati ibu serta mereka sekeliling samada perbuatan meski perkataan.. Oleh itu kita bertaubat daripada segala dosa, samada kecil atau besar, yang disedari atau tidak, terhadap manusia atau dosa terhadap Allah. Mudah mudahan Allah mengampunkan segala dosa kita dan melapangkan segala kesempitan kita.
**ameen**


3days without news,3days without voice,3 days still silent,no phone reply,no phone answer,and..3days without her & this happened.


Dia: teddy kat mana tu?

aku: saya kat kelas,mengantuk lah pagi ni,sejuknya.

Dia: aah,saya pun sedang mengantuk,saya tak larat lah,baby tak sedap badan.

** sedangkan aku tahu dia mula tidak sihat sejak dari kampung halaman dan tidak pula menunggu di klinik mungkin kerana panggilan nombor agak panjang mungkinya.akhirnya dia seperti wanita biasa,sedang hampir datang bulan,dan mungkin itu dari kesan akibatnya datang bulan.aku simpati tanpa bicara kerana aku keletihan.

Aku: kenapa tak pergi ke klinik jumpa doktor dan ambil ubat,saya rasa awak patut balik dah sekarang ni,nanti malam boleh kita pergi klinik amik cuti sakit (MC). awak baliklah dulu,berehat saja di rumah sewa.

Dia: saya nak berjalan pun tak larat,inikan nak bawa motor kembali ke rumah.saya tak larat.tak mengapalah,kehadiran di kelas lagi penting.

** seriau darah anginku naik di kepala membaca pesanan ringkas dari dia sebegitu caranya,adakah kehadiran itu lebih penting dari segalanya,tak mengapalah,fikiran dia memang tak sama dengan aku dalam hal begini.bersabar.

Aku: kawan awak tak ade ke yang boleh hantarkan awak balik ke rumah sewa,boleh minta kawan hantarkan sekali ke klinik,saya pun sedang kelas ni,nanti lambat awak nak tunggu.

Dia: awak kelas sampai bila?

Aku: saya kelas sampai jam 6 petang hari ini.

** ya,aku punyai jadual kelas yang amat tenat,hingga jam 6 petang waktu di Malaysia,dan kelas 4-6 petang adalah kelas yang amat pentingkan kehadiran dan kerjasama pelajar waktu pelajaran.

Dia: oh ya kah,tak mengapalah.

aku: minta la kawan hantarkan jap.

Dia: tak mengapalah,saya nak hadir kelas english ni dahulu (kelas Bahasa Inggeris adalah subjek kegemaran dia) lagi pun tak baik lah nak buat kawan begitu,tak mahu menyusahkan kawan.

** apakah makna sahabat mahupun rakan jika begitu pandanganya.aku tak mahu salahkan dia.aku tahu dia tak mahu menyusahkan rakan2 sekelas.dia adalah gadis yang baik hati.

Aku: beginilah,saya balik tengahari ni sebab ada jarak 2 jam,saya tunggu awak kat rumah dahulu,nanti dah habis kelas awak bagitahu saya,okey?

Dia: habis tu kelas petang awak?

Aku: tak mengaplah,nak buat macam mana lagi.

** sedangkan aku lantas memesan pada rakanku untuk membantu aku dalam menandatangani kehadiranku untuk baki 2 kelas petang ini dan dipersetujui kerana sahabat mengerti pemergianku utk apa.Terima kasih kawan.

Dia: okey,nanti habis kelas saya tunggu awak,saya nanti balik rumah dulu bawak balik motorsikal saya,nanti saya tunggu awak di bawah yeah pangsapuri itu.

**demi aku dia sanggup untuk pulang menaiki motorsikal sendiri,sedangkan tadi baru sahaja dia mengatakan kesihatan mengahalangi dia untuk berbuat demikian,aku permansuhkan fikiran itu dan mengawal emosi,aku agak terasa,tak pentingkah kesihatan yang sempurna bagi si dia.tak mengapalah.

Aku: tadi kata tak larat bawak motor?

Dia: habis tu kalau awak amik saya,motor pula bagaimana? tinggal?

Aku: boleh tak awak minta kawan hantarkan? (dalam emosi tanpa reaksi)

Dia: tak mengapalah,saya larat lagi.

aku: okey lah,hati-hati nanti ya.(dalam hati penuh kerisauan,semoga dia selamat)

Dia: okey,nanti saya hantar pesanan bagitahu awak ya,awak pun sama,take care.

Aku: okey.

** tak mengapalah,kehadiran dia disini bukanlah bebanan bagi aku,tapi tanggungjawab yamg sedia ada meski dia masih belum bergelar isteri.Dia adalah kekasih.aku gagahkan jua apa yang sedang dihadapi.
sesudah jam 12.00 tengahari,tamat sudah kuliah aku untuk sesi pagi ini,dan sekali lagi aku memesan pada kawan tentang kehadiran aku,dan kawan juga memesan agar berhati-hati kerana melihat aku yang sedang lesu sejak hampir 3 mingu kebelakangan ini mengenai kesukaran aku tidur lena pada waktu malam.dan aku tunduk serta mangangguk tanda mendengar.selamat sudah aku sampai ke rumah,lalu jari aku lingkas menaip pesanan melalui bimbit yang aku miliki.

Aku: saya sudah sampai di rumah,nanti bagitahulah saya kalau awak sudah sampai dirumah ya.saya datang ambil di rumah naik kereta.

Dia:okey.

** sedang aku melabuh badan di katil bilik,tiada ada yang lebih sedap dari dapat berehat kerana kelesuan.maka aku ambil keputusan untuk merehatkan badan di tilam yang tanpa cadar aku lepaskan jua keletihan bagi aku untuk sementara.sungguh nikmat.
**aku terjaga,rupanya aku terlena tanpa aku sedar.oh tak mengapalah,tertidur sebentar sahaja,aku mencapai bimbit lalu melihat jam loceng hadiah ikhlas dari si dia bertujuan untuk aku tidak lewat ke kelas. dan jarum masa aku hayati dengan penuh teliti dikala gelap.
Oh tidak! 5:45 petang! perasaan seperti baharu sahaja aku terlena,dan bingkas aku melihat ke bimbit,membuka kata laluan.Oh Tuhan,10 panggilan tidak terjawab! 6 pesanan ringkas! dan aku membuka panggilan adalah kesemua dari si dia dan satu dari teman kelas.lantas aku membuka pesanan ringkas.

pesanan pertama : awak kat mana? saya da habis kelas,dah nak balik.
pesanan kedua: saya dah kat bawah rumah pangsapuri saya ini.
pesanan ketiga: awak buat apa yeah?
pesanan keempat:awak tak yah datanglah,saya nak naik!
pesanan kelima: saya dah kat dalam rumah sewa.
pesanan keenam: (dari teman kelas) boy ada mana?

Oh tidak,aku tidur tanpa sedar dan peka dari segala bunyi,ini adalah kerana kesan hampir seharian dan semalaman aku tidak tidur,selepas sahur aku berjaga agar tidak terlepas kelas hari ini.aku sudah banyak ponteng,dan aku tidak ke kelas petang hari ini untuk ke klink,tapi segalanya kucar dek kerana kelesuan,dalam hati mula terdetik perkataan :maafkan saya,awak pasti lama menanti dalam keadaan tak sihat! aku buat keputusan untuk ke klinik juga dan boleh dia menemani aku tika berbuka sahur kerna aku keseorangan hari ini,ahli keluarga yang lain sedang dalam perjalanan ke KLIA ke rumah kakak kesayangan aku, sekeluarga mereka tidak sihat,sudah di ajak oleh abah,namun aku tolak kerana memikirkan si dia tiada siapa yang boleh hantar ke klinik tengahari tadi,katanya telah dikejut tapi aku memberi balasan bicara tanpa mereka berjaya untuk di fahami,mamai agaknya tika itu. Ya,dalam hati aku rindukan kakak aku dan aku tahu dia sedang demam.kasihan,tapi aku juga perlu fikirkan nasib mereka yang lain,itulah sedikit pengorbanan.tapi lebur dek kerana kelesuan,aku langkas menghantar pesanan ringkas pada dia.

Aku: awak kat mana? saya tak sengaja tertidur,jom pergi klinik.
**tanpa balasan.
aku(2) : awak buat apa? tidurkah?
**tanpa balasan.
aku(3) : saya minta maaf,saya letih saya tertidur.
**tanpa balasan.
aku (4) : saya tak sebgaja tidur,maaflah.
**juga tanpa balasan.

** tiada balasan yang aku terima hingga ke hari ini,ya,aku tahu dia mungkin sudah kembali ke kampung kerna cuti hujung minggu,aku membuat panggilan,pesanan,tapi tiada balasan! aku redha.aku tak mahu memberi alasan yang banyak melalui pesanan ringkas.hanya aku loretkan di blog kesayangan aku ni,segala apa yang terjadi.sudah aku post kan di mukabuku segala lagu yang mungkin aku dapat menerima kemaafan darinya,juga tiada balasan.aku masih redha!

**aku belum pernah mencarit segala masalah di sini bersama dia,hari ini aku terpaksa supaya aku mahu dia tahu,tak segala aku mampu bagitahu,aku juga sakit,aku gagal untuk tidur tiap malam,dan siang hari hanya sementara aku rehat berserta gangguan bising dan bebelan,aku juga tanggung pemderitaan,dia hanya mungkin demam dek kerna Virus yang menghentam urat sistem hingga demam dan tak terlepas sedang datang bulan,tapi aku? terlalu tersiksa,ingin menagis,tapi aku bukan jenis kaki tangisan spt jejaka mas kulin yang lain,maaf.aku sedang bertarung dalam masalah aku sendiri,aku tidak sengaja mungkir janji,jika dia terbuka loretan ini,aku mahukan fahaman dari bijaksana akal seorang wanita,sahabat,dan juga sebagai keksaih,terukah perbuatanku? jika Ya,aku rasa aku sudah bersedia apa yang bakal kita putuskan nanti samada positif jua juga negatif.apa yang aku mahu dia tahu,aku masih cintakan dia dan terima sipakah dia dalam hidupku,dan separuh hidupku adalah dalam diri si dia,aku rindu,aku sayang,aku cinta,aku kecewa,dia juga kecewa.aku pasti,maafkan aku.sejujur hati seorang khalifah.sekian

p/s:: tiada seribu alasan,yang hanya ada sejuta permasalahan,tiada masalah tidak dapat dibincang,aku hanya menanti pesanan dari mu.sayang kamu. tiada marah dariku,tiada benci juga datang dari aku.

**aku keletihan.maaf.
**aku juga tak pasti samada entry ini akan memberi kesan positf,namun dari ini juga aku boleh berbicara,untuk kau memahami dari penulisan,tidak dari bicara kata,meski aku bukan picisan yang hebat,namun ini dari aku untuk kamu,dari seorang kekasih kepada kekasih,dari seorang penulis kepada sang pembaca.


kita bersama

** salam rindu,peluk cium dari aku@bulat!

my music


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com